"Kenapa la orang pantai timur tak mahukan pembangunan?"

Pembangunan yang mereka maksudkan: 

Satu benda yang orang bandar tak perasan adalah mereka tiada identiti, atau makin hilang identiti. Rumah kondo sama, layout sama, warna sama, lif sama, flat lagilah sama. 

Kalau rumah kosong, orang tak tahu rumah kosong sebab tak ada yang beli lagi atau tuan rumah tak ada kat rumah.

Keluar kerja pakat naik train, berebut, beratur, main fon. Pergi kerja, balik. Nak luangkan masa, pergi mall. Bosan satu mall, pergi mall lain. Nak celebrate, pergi sukiya, mall jugak, beratur sejam dua. 

Jadi masyarakat rat race, tapi mereka fikir orang lain dengkikan kehidupan mereka di bandar. 

Datanglah ke pantai timur dan tengok rumah-rumah di masyarakat timur. Setiap rumah ada individualiti, setiap rumah ada identiti pemilik rumah. Walau dalam taman, kaya atau miskin, setiap rumah berbeza dan ada identiti sendiri.

Ada appreciation for identity, ada personaliti, ada awareness and proof for self-existence. 

Perkara ni di bandar hanya dengan duit kau boleh buktikan self-existence, boleh tonjolkan personaliti. Dengan duit sahaja kau boleh bezakan diri sendiri dengan orang biasa. 

Taknak naik LRT, book season pass dengan bayaran RM300 sebulan dan deposit 3 bulan. 

Nak rumah landed, bayar RM3,000 sewa bulanan baru dapat laman sebesar tapak tangan. 

Nak merasa bawak kereta ke ofis, kena bayar parking 200 ringgit sebulan, lalu dua palang tol dan jem 30 minit. 

Orang bandar selalu memperlekeh atau merasa kesian dengan kehidupan orang kampung, tapi sebenarnya orang kampung yang kesian dan sedih dengan kehidupan orang bandar.

14 Comments

  1. Di Johor pun jika ke daerah Batu Pahat dan Muar, masih banyak rumah lama terpelihara.

    ReplyDelete
  2. yang paling suka kehidupan di kampung adalah ketenangan...tak kan dapat di bandar besar walau duit berjuta

    ReplyDelete
  3. kemajuan pembangunan kadang xdiperlukan pun cuma membazir belanja sepatutnya apa yg ada diperbaiki kemudahannya

    ReplyDelete
  4. Kelebihan kampung...susana aman damai dan tenang...bandar pula macam sibuk 24 jam

    ReplyDelete
  5. Sebab tu dalam sistem sesebuah negara ia tidak membangunkan setiap inci tanah mereka sbb pertanian dan penternakan serta perikanan memerlukan keadaan luar bandar. Raikan kawasan luar bandar sebab ia banyak membantu keperluan di dalam bandar :D

    ReplyDelete
  6. Saya dah merasa kedua-dua pengalaman tinggal di bandaraya metropolitan KL dan bandar kecik Bintulu di Sarawak. Pendek kata, kalau suami saya dapat kerja di sana, saya lebih suka duduk di Bintulu sebab kos sara hidup yg lebih rendah, suasana yg lebih aman dan lebih laidback dan chillax. Lepas suami dah bersara, Insha Allah plan kami nak pindah balik ke Sarawak dan tinggal di rumah kat sana.

    ReplyDelete
  7. ya, benar sekali...lebih tenang hidup di luar bandar, less stress....santai2 je...tapi kekdg tak biasa dgn jiran2 yg kepoh asik bertanya bila kita keluar...to think positive..mereka tu mengambil berat..haha..

    ReplyDelete
  8. Nasib baik belakang rumah saya ada sawah.. Rasa kampung sikit..

    ReplyDelete
  9. saya pun dah merasa keduanya. dan saya lebih suka kehidupan kampung. lebih aman damai tenang.

    ReplyDelete
  10. Saya pun berharap bisa tinggal di kota kecil, bukan metropolitan seperti Jakarta ini. Jenuh memang bang. Polusinya luar biasa. Semua harga mahal. Memang banyak kemudahan, tapi terkadang saya rindu kehidupan desa yang tak terlalu manipulatif, dengan tetangga pun masih seperti keluarga. Mana ada di kota bisa begitu, apalagi yg tinggal dalam apartemen 😅. Saling tak peduli semua.

    Berharap sangat setelah suami pensiun, bisa lah balik ke Solo, Jawa Tengah, kampung nya suami.

    ReplyDelete
  11. Tinggal di kampung lebih tenang, takde kesesakan. Kurang serabut.

    ReplyDelete
  12. betull...sokong. duduk di kampung ni less stress nya and lebih tenang dr duduk di bandar2 besar ni. but yg duduk di bandar pun no choice, memang kena hadap je la....

    ReplyDelete
  13. Betul itu macam tertekan terkejar-kejar.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.