Assalamualaikum. Raya Haji datang lagi! Seperti lazimnya Abe Kie menyertai ibadah korban pada tahun ini. Jika tahun lepas buat on9 di Kemboja, tahun ini kita buat fizikal di tempat kediaman kita plak. Memang Abam Kie dan isteri bergilir-gilir membuat ibadah korban setiap kali Aidil Adha. Kenapa kami berkorban setiap tahun? Hmmm...kalau x buat korban memang x dapat la daging korban! Apatah lagi rumah banglo mcm ni x ada pun org yang sudi hantar daging korban. Lain la kalau rumah kayu hampir menyembah bumi macam yang masuk Bersamamu TV3 tu pastilah berbondong2 orang hantar daging sampai penuh peti sejuk tu!

Solat sunat Aidil Adha bermula seawal jam 8.05 pagi. Usai solat para jemaah balik sarapan kejap. Dalam jam 9.10 am tu Abam Kie kembali ke Surau Taman Haji Wan Daud, Tanah Merah, Kelantan untuk melaksanakan ibadah korban. Tahun ni ada 2 ekor lembu yang bakal tumbang. Satu bahagian RM670 sahaja. Penyembelihan dilakukan jam 9.30 am dan berakhir tepat jam 11 am. 

Sampai di rumah terus Abam Kie asingkan daging yang akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sebahagian dihantar ke sekitar kawasan rumah Abam Kie di Tanah Merah ini dan selebihnya dihantar ke kampung di Machang. Dalam jam 2.30 pm barulah Abam Kie kembali ke rumah. Letihnya.

Sampai di rumah pun bukannya boleh terus mandi dan solat. Kena cuci perut lembu ni pula. Satu kerja yang leceh dan rumit.Tapi sedap bila dimakan! Abam Kie ingat nak masak mihun sup perut dan bawa ke sekolah untuk dijamu kepada rakan-rakan guru. Pasti sedap kan! Organ dalaman lain Abam Kie tak makan. Cuma perut je dimakan. Tu pun sebab sejak kecil ayah beli perut lembu dan buat air asam.


Dalam jam 4.30 pm barulah Abam Kie boleh makan tengahari. Lapar dan letih yang teramat. Makan pun simple je. Nasi putih dengan sup tulang, daging goreng dan ikan kering. Cukuplah untuk menikmati daging korban tahun ini. Malam tu dah tak makan pun. Bila dah tua ni kurang berselera nak makan banyak2 macam zaman muda-muda dulu.

Selepas Asar tu keluarga sepupu isteri datang beraya jadi kami jamu mereka dengan mihun sup saja. Pada hari raya kedua pun ada lagi kaum keluarga yang datang. Kami masak yang ringkas aja tapi janji sedap! Bagaimana sambutan hari raya korban di tempat kawan2?

12 Comments

  1. alhamdulillah..meriah tu. sedap2 menu walaupun simple.
    salam aidil adha.. :-)

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga. Ada buat sup tulang dan gearbox makan ramai-ramai ahli keluarga.

    ReplyDelete
  3. Organ dalaman lembu, paru je saya makan. Yang lain tak. Hihi.

    ReplyDelete
  4. saya berharap tahun depan jadi peserta korban ...perumahan saya sangat besar dan tak mungkin ada orang hantar daging sebagai bahagian asnaf

    ReplyDelete
  5. masak yang sederhana dan ringkaspun ternampak sedap...selamat aidil adha buat abam kie en family ^^

    ReplyDelete
  6. simple yet sedap menu abam kie. perut tu sedap if buat masak tumis pedas bersama nenas

    ReplyDelete
  7. Part perut tu time cuci renyah , makan kejab ja habis . haha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilla.. Meriah sambutannya..
    Salam Aidiladha Abam Kie..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dapat buat korban setiap tahun...sedapnya sup perut & perut air asam....buat kerabu pun sedap..

    ReplyDelete
  10. Perut lembu tu pun dugaan juga nak bersih. Saya tengok je adik cuci, tolongnya tak sebab tak makan. hihi.

    ReplyDelete
  11. Duuuh abam, kliatan enaaaak tau masakannya 😄👍. Saya pun suka juga bagian perut sapi. Abang juga ikut memotong berarti? Saya selalu tak berani lihat kalo acara sembelihnya. Cuma diusahakan selalu ikut utk kurban

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.