PASTI rasa geram setiap kali melihat rumput degil tumbuh di rekahan dinding atau di tempat-tempat lain yang tidak disangka.

Jika dipotong ia akan muncul kembali bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Jadi, apakah caranya untuk menghapuskan rumput liar ini buat selama-lamanya tanpa memberi ia peluang untuk kembali?

Rumput liar yang tumbuh merata-rata boleh merosakkan pemandangan. -Gambar hiasan

Hendak panggil tukang kebun sudah tentu memerlukan kos yang tinggi dan racun yang digunakannya juga mungkin berbahaya.

Bagaimanapun, tak perlu risau memikirkan masalah ini kerana anda sebenarnya boleh saja DIY (do it yourself) racun rumput.

Menerusi perkongsian oleh Hamidah Saad di laman Facebook, dengan hanya menggunakan lima bahan ini anda sudah boleh menghasilkan racun rumput sendiri.

Ayuh cuba di rumah dan lihat keberkesanannya!

1) Sediakan 5 bahan ini:

cara buat racun rumput

Bahan-bahan yang diperlukan.

1- Garam kasar

2- Sabun basuh pinggan Sunlight

3- 500 mililiter (ml) air

4- Sabun basuh baju serbuk

5- Ragi (yis)

Sediakan juga 4 alatan ini:

1- Bekas

2- Corong

3- Sudu kecil

4- Baldi kecil

2) Cara penyediaan:

Isikan 500ml air ke dalam baldi.

cara buat racun rumput

Masukkan air sebanyak 500ml ke dalam baldi kecil.

Masukkan 6 biji ragi (yis) dan hancurkan.

cara buat racun rumput

Masukkan enam biji ragi atau yis.

Masukkan satu setengah senduk sabun basuh pinggan Sunlight.

cara buat racun rumput

Masukkan sabun basuh pinggan Sunlight sebanyak satu setengah senduk.

Masukkan sabun serbuk sebanyak satu senduk.

cara buat racun rumput

Masukkan sabun basuh baju serbuk sebanyak satu senduk ke dalam baldi.

Masukkan garam kasar sebanyak tiga sudu.

cara buat racun rumput

Masukkan tiga sudu garam kasar.

Kacau campuran sehingga sebati.

cara buat racun rumput

Kacau campuran sehingga sebati.

Guna corong untuk masukkan campuran ke dalam botol dan boleh mula menyembur rumput yang tumbuh di celahan simen atau batu.

cara buat racun rumput

Semburkan pada rumput yang hendak dilenyapkan.

Hanya sembur sekali dan hasil akan mula dapat dilihat enam hari selepas itu.

cara buat racun rumput

Rumput liar kini sudah hilang.

Mudah bukan, ayuh kita cuba di rumah dan hapuskan kesemua rumput yang merimaskan ini. Selamat mencuba! - Hamidah Saad