Assalamualaikum. Saban tahun bermula 2017 Abam Kie menganjurkan Cabaran Pengomen Tegar untuk memberikan penghargaan kepada rakan2 blogger yang kerap menulis komen di blog abam kie yg suam2 kuku ini. Pada tahun lepas Abe Kie menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada 5 org pengomen tegar. 

Sekarang Abam Kie ingin melancarkan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2023. Cabaran ini bermula dari 4 Januari 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023. Format pertandingan pada tahun 2023 berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Pada setiap akhir bulan, pengomen terbanyak pada bulan berkenaan akan menerima hadiah topup sebanyak RM5. Sekiranya dia menggunakan talian pascabayar, abam kie akan transfer duit berkenaan ke dalam akaun banknya. Setiap orang hanya berhak memenangi hadiah bulanan sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya dia ditakdirkan menang untuk kali keempat, maka hadiah untuk bulan berkenaan akan diberikan kepada pengomen di tempat kedua. Peraturan ini diadakan bagi memberikan peluang kepada semua orang untuk memenangi hadiah bulanan yang ciput itu. 

Tapi ngak usah risau guys and gals.... Teruskan menulis komen di blog Abam Kie ini kerana kalian tetap berpeluang untuk memenangi hadiah tahunan yang disediakan kepada 3 orang pengomen terpaling rajin pada tahun 2023 ini. Hadiah2 tu mungkin Abam Kie akan beli di Shopee ke...atau abe kie beli di kedai dan poskan kepada anda. Setakat ni ada 3 orang pemenang tahunan la. Jika ada rezeki lebih pasti akan ditambah dua orang lagi ye.... In Shaa Allah.

Akhir kata, Abam Kie berharap pada tahun ini makin ramai pengomen tegar yang bersaing untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan. Siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Selamat maju jaya kepada semua rakan pembaca blog Abam Kie yg dihormati sekalian. Terima kasih.