Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran

1. Beli kereta yang salah, masih banyak kereta yang mampu dan murah

2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan sehari sahaja.

3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.

4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.

5. Suka makan luar,  dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!

6. Beli di pasaraya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak pernah guna.

7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.

8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.

9. Percaya dengan semua produk kecantikan,  rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.

10. Suka baca akhbar saja,  buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.

11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista katanya

12. Buat sambutan hari jadi sendiri,  alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri, itu simpanan yang baik untuk masa depan.

13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.

14. Keluar rumah tanpa rancangan,  jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati. Enjoylah hidup ini.

15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti katanya.

16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.

17. Cuba amalkan doa "Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita".

Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Jaga Mata Kita




13 Comments

  1. good sharing, byk sebenaranya leh jimat kan...kena istiqomah..
    in sya Allah, masuk dlm list azam next year, sekarang dah jimat..kena jimat lagi....aamiin

    ReplyDelete
  2. huhu ada juga yang terkena batang hidung harap 2023 hidup lebih berhemah

    ReplyDelete
  3. selalu beli apa yg kita mahu, bukan yg kita perlu...

    ReplyDelete
  4. semua berbelanja tu mengikut nafsu bukan keperluan., huhu

    ReplyDelete
  5. Saya ni memang kedekut sikit bab baju, gajet atau mekap. Cuma makan n berjalan je selalu ikut kata hati. Huhu

    ReplyDelete
  6. Tips yg bagus untuk elak pembaziran. Baru semalam terbaca di IIU Confessions tentang seorang ni yg ada ciri2 ketagihan shopping / shopaholic. Baru dapat kerja dah belanja macam2. Berhutang dgn bank dan ah long, apply kad kredit untuk bayar hutang lepas tu berbelanja boros walaupun dia tau dia salah. Orang macam ni sepatutnya berjumpa dgn pakar psikologi sebab masalah pembaziran ni takkan selesai selagi dia tak belajar mengawal emosi berbelanja.

    ReplyDelete
  7. Kita cuba perbaiki sikit-sikit ye, dah masuk tahun baru ni. Lagi-lagi bab makanan, janganlah beli berlebihan, mengikut nafsu.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Terdapat beberapa point yang boleh dijadikan iktibar.

    ReplyDelete
  9. Itulah rumah macam tempat pameran macam-macam ada.

    ReplyDelete
  10. memang tidak dinafikan banyak pembaziran terutama pembaziran masa dan wang ringgit

    ReplyDelete
  11. Saya jadi lebih bisa menahan diri membeli barang tak penting sejak dengar ceramah ttg hisab di hari akhir bang. Jadi kalo memang banyak sangat barang2 di rumah tuh, ada baiknya disumbangkan atau kasih donasi ke yang membutuhkan. Jangan disimpan saja Kat lemari tapi tak terpakai. Sama saja mubazir. Dan Allah benci yg seperti itu.

    Makanya dari Bbrp THN lalu saya bongkar lemari dan semua barang tak pakai, saya kasih ke orang yang butuh. Berkurang hisab dari barang2 macam tuh

    ReplyDelete
  12. Cik nor guna apa yang ada jer sekarang..cuma bli baru sbb tak elok mata memandang jer..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.