Assalamualaikum. Buat kesekian kalinya sekolah Abam Kie menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Tanah Merah. Abam Kie telah terlibat sebagai guru penasihat olahraga sekolah sejak 2006. Masa tu muda, sihat dan bertenaga lagi. Masa tu boleh je berlari bersama-sama atlet sekolah. Sekarang ni sudah tak larat. Umur pun dah 49 tahun.

Kejohanan Olahraga MSSD tahun ini berlangsung di SMK Alor Pasir dari 1 hingga 4 Ogos 2022. 4 hari, pagi dan petang. Acara bermula seawal 7.45 am dan berakhir pada jam 5 pm. Ada yang sanggup berhujan dan berpanas seharian macam Abam Kie ke? 

Kejohanan pada tahun ini penuh dengan ranjau dan duri kerana hujan lebat dan ribut petir telah berlaku pada petang hari pertama. Banjir kilat telah berlaku di sekolah semasa Abam Kie menghantar atlet2 ke sekolah pada petang 1 Ogos tu.

Apabila kami pergi ke padang SMK Alor Pasir pada hari kedua, didapati padang sudah becak dan air bertakung di atas trek. Ada khemah sekolah jiran yang runtuh dihempas angin kencang. Kasihan bila tengok para atlet terpaksa berlari di dalam air bertakung dan trek yang becak. Macam berlari di dalam sawah pula. 

Pada kejohanan tersebut, sekolah Abam Kie telah menduduki tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang bertanding. Kami cuma berjaya memperolehi 3 emas, 6 perak dan 6 gangsa. Cukup la tu sebab kami cuma berlatih selama dua minggu. Lagipun sek kami tiada barisan atlet yang unggul seperti berbelas tahun yang lampau.

Selepas dua minggu kejohanan selesai barulah pihak sekolah menyampaikan pingat kepada semua pemenang. Lambat sikit sebab ada dua orang atlet yang mewakili MSSD Tanah Merah ke peringkat MSSK Kelantan. Jadi kena tunggu mereka balik. Pada Kejohanan Olahraga MSSK Kelantan, seorang murid sekolah Abam Kie mendapat pingat emas acara lompat tinggi kategori perempuan 18 tahun. 

Demikianlah laporan Kejohanan Olahraga MSSD Tanah Merah untuk tahun 2022. Semoga kawan2 seronok membacanya. Terima kasih.

8 Comments

  1. Abam Kie jadi guru penasihat mesti banyak tips kongsi pada peserta.

    ReplyDelete
  2. Memang musim sukan sekarang kan... meriah....

    ReplyDelete
  3. Wah... hebat tu, Abam Kie! Tahniah di atas usaha gigih Abam Kie, dan cikgu-cikgu lain serta para pelajar yang bertanding! 2 thumbs up!

    ReplyDelete
  4. masa sekolah dulu.....sukan antara aktiviti yang cuba saya elak sedaya upaya yang mungkin

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat murid Abam Kie dan juga penasihatnya!

    ReplyDelete
  6. wah..tahniah! ni acara fav anak lelaki saya ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.