Assalamualaikum. Abe Kie mula berkhidmat sebagai guru pada 16 Sept 1997 di SMK Majakir, Papar, Sabah. Pada Jun 2001, Abam Kie berjaya pindah ke Semenanjung dan ditempatkan di SMK Ayer Lanas, Kelantan. Bertugas kat sini cuma selama 2.5 tahun je sebelum bertukar ke sekolah sekarang iaitu SMK DMPR2, Tanah Merah, Kelantan. Rasanya ini tahun ke 19 Abam Kie berada di sekolah ini.

Kenaikan pangkat guru2 ijazah ni menggunakan sistem time-based. Mula2 posting tu masuk gred DG41. Masa abam kie masuk kerja dulu kena duduk dlm gred ni selama 10 tahun sebelum dinaikkan pangkat le gred DG44. Tapi sekarang ia dipendekkan kpd 8 tahun aje. 

Dalam gred DG44 ni selama 8 tahun juga sebelum dinaikkan ke DG48. Di gred DG48 ni kena berkhidmat selama 6 tahun. Barulah akan dinaikkan pangkat ke DG52 spt apa yang Abam Kie dapat tempohari. Utk DG52 ni kena tunggu 3 tahun sebelum naik ke DG54. Inilah gred tertinggi dalam perkhidmatan untuk guru2. Pendekata formula kenaikan pangkat guru2 ialah 8-8-6-3. Mudah kan?

Alhamdulillah. Pada 6 April 2022 lalu Abam Kie telah pergi menerima surat kenaikan pangkat DG52 di PPD Tanah Merah. Cuma ada selangkah lagi yg perlu dicapai sebelum meninggalkan dunia perguruan ini. Semoga Allah memanjangkan umur untuk merasai detik-detik bersejarah itu.

Sekian. Terima kasih.