Teruja bila melayan kisah 'aura' seorang cikgu.

Bagi para pendidik, mereka selalu tertanya-tanya : "Bagaimana mereka mengenaliku sebagai seorang cikgu, sedangkan kami tidak saling mengenali dan tidak pula pernah memberitahu mereka bahawa saya ini cikgu?"

Kata pelayan restoran : "Boleh tahu dari cara bercakap, berpakaian dan cara meminta anak supaya diam."

Kata pegawai bank : "Hanya cikgu yang teliti ketika mengisi borang."

Kata peniaga : "Biasanya cikgu yang selalu berterima kasih."

Kata jurujual : "Cikgu ini kebanyakan teliti dan mendengar."

Pada diri seseorang guru, pada dahinya ada cop 'CIKGU'. Bagi para guru, mungkin mereka sendiri tidak menyedari akan hal itu. Tapi bagi orang kebanyakan, mereka mengenalinya.

Seorang cikgu yang orang lain betul tekaannya bahawa ia seorang cikgu, maka berbahagialah.

Seorang bukan cikgu tapi disangka sebagai seorang cikgu, maka bertuahlah.

Seorang cikgu tapi tak dikenali pun sebagai seorang cikgu, maka kasihanlah.

Selamat kembali mengajar cikgu-cikgu!

13 Comments

  1. Saya selalu di panggil cikgu kalau ke kedai makan atau ke pasaraya bila pakai pakaian pejabat iaitu berbaju kurung. Bila kita jawab bukan, saya bukan cikgu mereka selalu tak percaya, mungkin gaya saya macam cikgu, ucapan terima kasih pun sentiasa saya gunakan dalam urusan seharian. Kawan pejabat pun biasa panggil saya guru besar sebab gaya baju, tudung dan cermin mata heheheh...

    ReplyDelete
  2. kekdg kerjaya mempengaruhi karakter seseorang...

    ReplyDelete
  3. Hehe. Comel entry ni. Cikgu lelaki susah nak detect, tapi kalau cikgu perempuan senang

    ReplyDelete
  4. Cikgu lelaki ssh diknali sbb dia humble, klu cikgu perempuan senang sbb tgk gaya penampilan dia😆

    ReplyDelete
  5. Sekali cikgu... sampai bila2 cikgu....

    ReplyDelete
  6. ciknur pun seringkali disapa cikgu😊 rakan2 ank2 mesti cakap mak awak cikgu ya.
    Dulu arwah ayah nk sgt jd cikgu tp xda rezeki masa interview gagal. skrg a
    dipanggil cikgu walau hanya hanya di taska he he

    ReplyDelete
  7. ada ciri2 distinctive kalau jadi cikgu ni... saya tak pandai sangat. hanya jauhari mengenal manikam

    ReplyDelete
  8. cikgu biasanya mmg sopan dan bersifat baik2. ye la kan mesti kena beri imej bagu kepada anak2 supaya boleh dicontohi

    ReplyDelete
  9. Hehe saya bertuah. Sebenarnya saya pernah jadi cikgu tuisyen.

    ReplyDelete
  10. pernah gak dipanggil cikgu, sbb muka lebih kurang sama ngan cikgu dia..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.