Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.

Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada yang memerlukan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.

Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.

Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.

Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.

Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.

Dan bahagian kita apa?

Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah.

Begitu sifir Tuhan.
Kamu doa satu.
AKU bagi dua.

Satu untuk dia.
Tak lupa untukmu juga.

Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.

Kita bahagia cara kita❤️

15 Comments

  1. bersyukur dgn apa yg kita ada..

    ReplyDelete
  2. Beautiful family. Betul tu, raikan saja, jangan iri

    ReplyDelete
  3. Bersyukur dan doa yang baik-baik, nanti kebaikkan tu balik pada kita.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah serius saya baca tau cikgu. Ya Allah ada berbagai nikmat BAHAGIA. dapat jumpa dan baca paparan di blog ni pun BAHAGIA tau..usah perlekehkan yang datang ke blog..sesungguhnya rezeki dan ada ukuhuwa..Semoga terus HITS di laman Etuza ya.

    ReplyDelete
  5. Saya nak blog simple macam laman Cg Abam ni ..kemas..tahniah blog lawa

    ReplyDelete
  6. setuju dgn entri abam kie...betul saya la orgnya bahgia cara saya myediakan juadah utk suami <3

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan post ni, kita kena sentiasa bersangka baik dengan orang lain

    ReplyDelete
  8. Setiap dari kita kena belajar konsep Qanaah.. Supaya, kita akan berbahagia seadanya dengan cara kita.

    ReplyDelete
  9. Bahagia org tak sama dengan bahagia kita. Rezeki kita tak sama dgn yg lain.. Bersyukur is the key

    ReplyDelete
  10. Betul itu Abam Kid jangan buruk sangka dan doakan untuk mereka. Doa itu akan kembali pada kita. Saya gembira baca blog orang yang rajin menulis walaupun kurang rajin menulis. Hehe.

    ReplyDelete
  11. biarlah mereka dengan kebahagianaan mereka, tak perlulah kite sakit hati...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.