KEMATIAN MENGEJUT boleh berlaku bila-bila masa. Adakah kita sudah bersedia? Adakah hidup kita selama ini mengejar AKHIRAT atau DUNIAWI..

Di tahun baru 1443H ini, kita HIJRAH untuk mendapat hidup yang lebih baik di Akhirat, usaha, usaha, usaha..in shaa Allah.

1. SOLAT awal waktu dan qada' solat yg pernah ditinggalkan.

2. GANTI PUASA yg pernah ditinggalkan dgn sengaja n BAYAR FIDYAH di pusat pungutan zakat selama tidak ganti puasa.

3. SEDEKAH setiap hari walaupun sedikit jumlahnya tetapi istiqomah setiap hari terutama SEDEKAH SUBUH sblm terbitnya fajar, jgn lupa berdoa slps sedekah subuh krn doanya makbullah.

4. Pelihara AURAT dengan sempurna, guna pakaian yang longgar bukan hanya membaluti tubuh.

5. BERHENTI SHARE gambar SELFIE, WEFIE keluarga pada org awam atau bukan muhrim kerana ia mengundang penyakit ain, sihir dan lain2 tanpa disedari.

6. SHARE ILMU BERMANFAAT setiap hari hingga akhir hayat, ia bekalan yang akan kita bawa ke alam barzakh iaitu ilmu yg bermanfaat.

7. Selesaikan segala HUTANG sblm meninggal dunia.

8. Banyakkan diam daripada bergaduh sesama manusia.

9. STOP SHARE perkara yang AIB atau berdengki khianat, memalukan orang lain dan jangan seronok share perkara yg belum tentu sahihnya kerana DOSA FITNAH lebih besar dr dosa membunuh orang.

10. WASIAT @ HIBAH segera segala HARTA kepada anak2 yg akan ditinggalkan, tertutamanya suami isteri yg masih mempunyai anak2 dibawah umur 18 tahun supaya hidup anak2 tidak merempat setelah kematian ibu ayahnya.

11. Banyakkan berdoa untuk mendapatkan semua yang di atas 1-10, jangan berhenti berdoa, berdoa dan berdoa sehingga menutup mata. Doa itu senjata kita.

BEREBUT untuk buat BAIK, JAUHKAN perkara BURUK.

HIDUP hanya SEKALI, gunakan NAFAS yg berbaki ni utk mengumpul BEKALAN di alam BARZAKH.

Jom sama-sama kita Hijrah πŸ’ͺ, perbaiki diri.
Siapa pun kita sebelum ini, Allah SWT tetap SAYANG kita. Pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk kita selagi nyawa belum sampai ke tenggorok leher kita.

Moga Pengakhiran hidup kita juga Khusnul Khotimah,
🀲🏻 Amin ya Rabbal Alamin.

Anda semua Sahabat Dunia Akhirat saya πŸ’ž.
Moga Allah SWT merahmati kita semua, Allahumma Aammiin.