RINTIHAN PDPR.. DENGARLAH..

Hari ni nak berbicara tentang guru dan murid. Ibu bapa dan anak. Menghadapi PDPR zaman pendidikan mencabar. Ia pengalaman baru. Tiada panduan boleh membantu. Hanya teori dan kehendak dari kreativiti sendiri. Kementerian Pendidikan, Jabatan atau pejabat pendidikan daerah juga tiada pengalaman. Yang ada hanya teori. Kadang kadang bertepatan realiti, kadang kadang syok sendiri.

Suara guru..
Guru antara yang paling tertekan dengan situasi baru ini. Antara kekangan ruang masa dan tuntutan yang melangkaui kemampuan. Selain guru, mereka juga ibu bapa, pelaksana kepada kehendak bos bos pejabat dari daerah hingga kementerian. Dilonggokkan atas batu jemala mereka.  Mereka juga sebahagiannya sasaran kemarahan ibu bapa yang juga hadapi tekanan tersendiri.  

Ketabahan seorang guru sangat besar di waktu ini.  Mereka yang berusia dan melewati zaman teknologi teraba raba melaksana tugas. Terpaksa juga kerana tuntutan dan amanah.Tidak kurang yang mula mengalah dan memilih bersara awal.  Di tambah sikap sebahagian ibu bapa yang lahir dalam teknologi mempertikaikan hasil yang diberi.  Ada guru berbelanja membeli gajet tambahan,  aplikasi berbayar yang pelbagai.  Usah ditanya data internet yang wajib di gunakan.  

Masa bertugas guru bukan lagi seperti jadual harian dulu.  Pastinya bagi sekolah rendah yang miliki kekangan gajet sendiri menunggu petang atau malam.  Kadang kadang bertukar hari.  Laporan pulak perlu diisi selewat enam petang.  Mungkin yang beri arahan tidak tahu realiti. Apa yang di mahu. Itu yang di tahu.  Selain dari itu di anggap alasan melepas diri. Banyak lagi jika mahu di hurai keresahan guru yang sebahagian jari telunjuk tidak pernah miliki baki empat jari untuk memahami. 

Suara ibu bapa

Ibu bapa bukan satu kelompok.  Ada yang berkemampuan,  ada yang hidup sekadar mampu untuk makan.  Ada yang miliki masa membantu anak,  ada yang sibuk dengan urusan masing masing hadapi tekanan kehidupan

Ada ibu bapa adalah guru guru,  ada pegawai atasan yang menjadi jari telunjuk kepada guru,  ada yang membuat dasar malah ramai juga insan biasa pelbagai kategori insan yang bertungkus lumus meneruskan kehidupan.  Semua ini berbeza latar belakang dan cara kehidupan.  Berbeza anak anak yang terpaksa dilayan. Pendek kata sejuta rupa watak dan situasi yang perlu ditangani. 

Suara anak murid. 

Jangan dilupa suara mereka.  Mereka adalah tempat dilonggok segala kehendak kita.  Sasaran segala impian dan cita cita sejuta kepala dengan cara dan kehendak berbeza. Segala program dan perancangan yang kadang kadang hanya untuk penuhi sasaran kerja sendiri. Kadang kadang untuk melepas geram dari tuduhan netizen yang tangan lebih laju dari otak yang entah tersimpan di mana. 

Ketahuilah mereka adalah anak kecil yang sedang dicorak bukan hanya minda tetapi emosi. Kain putih yang sangat perlukan kesabaran dan ketelitian melakar lukisan dan warna di atasnya.  Remaja yang sedang membentuk identiti yang penuh jiwa pemberontakan.  Tidak semudah teori yang di rancangkan. 

Ketahuilah.. Kita di zaman mencari pengalaman.  Kita di zaman penuh tekanan. Semua pihak hadapi tekanan.  Dari pengurusan peringkat tinggi,  guru guru yang melaksana arahan,  ibu bapa yang terpaksa terlibat langsung juga murid murid dan anak anak kita yang menjadi tempat longgokan segala kehendak dan arahan.  Secara tidak disedari mereka adalah kertas lukisan yang akan menerima berjuta tangan,  berjuta pensil,  warna dan kehendak  dari pelbagai imaginasi berjuta kepala tersebut. 

Berlapang dadalah.  Bertolak ansurlah.  Cuba saling memahami.  Cuba saling memberi. Bukan meminta. Semua golongan.  Semua pihak.  Kita berusaha seikhlas dan semampu yang terdaya.  Jangan kesalahan terpencil dijadikan ukuran sebuah hukuman menyeluruh.  Kesalahan kecil itu juga mungkin punya alasan tersendiri yang sangat perlu di mengerti.  Jangan alasan dan tuduhan satu pihak menjadikan kita hakim yang begitu tegas menjatuhkan hukuman.  Kita semua adalah insan.  Punya batas kemampuan,   berbeza masaalah dan perasaan. Cubalah saling memahami dan mengerti. 

Sumber: FHOAS, 160721, Ipoh

13 Comments

  1. Semua golongan terkesan kan... semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. well said...masa pandemik ni, ramai yg stress..kasihan golongan yg kurang berkemampuan, ketinggalan dlm pembelajaran...

    ReplyDelete
  3. Semua kena berkawan, ibu bapa dan guru. Tengah-tengahnya adalah anak-anak/pelajar. Tidak mudah mahu beradabtasi dengan keadaan baharu.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang terkesan dengan PDPR. Hanya mampu berdoa agar keadaan kembali seperti sediakala.

    ReplyDelete
  5. semua pihak terkesan dengan situasi skrg...

    ReplyDelete
  6. Semua pihak sebenarnya perlu memahami antara satu sama lain. InsyaAllah kita semua boleh lalui semua ini bersama :)

    ReplyDelete
  7. Itulah terfikir mereka yang tidak mampu kejar pengajaran secara talian.
    Harap setiap bulan ada analisis untuk perbaiki.

    ReplyDelete
  8. Alah bisa tegal biasa.. Lama-lama nanti oklah tu.. awal-awal ni semua 'terkejut'. Hehe

    ReplyDelete
  9. semua pihak ada kesannya dr pdpr ni.. semoga dipermudahkan urusan2 mereka

    ReplyDelete
  10. in order nak meneruskan belajar di musim covid, nak buek camno kan abe.. telan je la

    ReplyDelete
  11. Semoga ada sinar baru buat semua.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.