ANAK-ANAK pasti sangat teruja dan seronok saat dibawa berjalan jalan atau bercuti ke destinasi disukai mereka terutama taman tema.

NAMUN, kegembiraan boleh bertukar menjadi sesuatu yang merisaukan apabila anak tersesat atau terpisah tengah-tengah ribuan orang.

Tersesat antara yang sering berlaku kepada tujuh daripada 10 anak terutama dalam majlis keramaian. Justeru, semak tip yang disenaraikan munggu ini sebagai langkah keselamatan kepada anda yang merancang bercuti bersama anak-anak.

1. Sentiasa dekat dengan mereka

Pastikan anak selalu melihat anda dan anda boleh melihat mereka. Pesan kepada anak agar selalu melihat anda kerana dengan cara ini, mereka tidak akan pergi jauh dari pandangan anda.

Kerana terlalu teruja dengan destinasi yang dituju dan mungkin kerana ramai orang, mereka mungkin terpisah. Ibu bapa juga perlu memerhatikan anak-anak dan tidak terlalu berharap mereka mengingati pesanan anda.

2. Pastikan anak mengingati nama ayah dan ibu

Pastikan anak mengingati nama ayah dan ibu. Ini penting terutama ketika mereka tersesat.

Pada usia tiga tahun, mereka biasanya akan mengenali ibu bapa dengan nama 'mama' dan 'papa'. Jadi, mulai sekarang anda perlu melatih mereka mengingati nama anda.

Jika tersesat, mereka boleh memberitahu nama orang tua mereka.

3. Letak butiran penting anda dalam beg anak

Dengan keadaan yang sesak dan ramai orang sangat sukar untuk menjumpai anak, lebih-lebih lagi jika mereka masih kecil.

Ketika sibuk mencari, pasti ada segelintir masyarakat yang akan membantu dan menjaga anak anda jika terjumpa mereka.

Untuk memudahkan mereka mencari anda, letakkan butiran penting seperti nama, nombor telefon dan mungkin alamat di dalam beg, poket seluar atau baju anak anda.

4. Rancang tempat berjumpa

Sebelum keluar, beritahu anak lokasi perjumpaan jika terpisah daripada kumpulan. Dengan cara ini, ia memudahkan anda menjumpai anak yang tersesat.

Anda juga boleh bergegas ke lokasi dinyatakan untuk mencari anak yang terpisah.

5. Ménjerit dengan kuat

Biasanya anak akan sesat di tempat yang ramai orang. Oleh itu jika terpisah daripada kumpulan atau sesat, pesan kepadanya untuk menjerit dengan kuat memanggil anda dan duduk di satu tempat.

Dengan cara ini, anda boleh mendengar dan mengikuti suaranya

6. Minta bantuan orang terdekat

Keluarga terdekat atau rakan adalah orang yang paling selamat untuk meminta pertolongan. Jika anak anda tersesat di pusat membeli-belah, petugas kaunter informasi ialah orang yang paling tepat untuk meminta tolong. Ini kerana mereka boleh mengumumkan ada anak yang tersesat atau nama anak ditemui. Dengan itu anda dapat menemui mereka dengan segera.

7. Jangan menghukum

Beritahu anak untuk berada di tempat terakhir ketika berpisah dengan anda untuk menemui mereka. Jangan marah atau menghukum anak jika mereka tersesat.

Ini kerana situasi itu sesuatu yang tidak diingini dan meninggalkan trauma buat si anak.

Semoga tips yang Abam Kie kongsikan di sini bermanfaat kepada semua ibubapa di luar sana. 

15 Comments

  1. Nice sharing.setuju ngn abam kie... mmg dr kecil kne ajar anak ingt nama mak ayah..then klu boleh jalan pegi dan blik umah/ kawasan rumah walau xdetail takpe atleast die tau blok/ kg..klu bawak dalam kete bg kuiz suruh anak tunjuk jalan nk ke rumah..sb anak ni biase die ingt kalau kawasan rumah die.. nama taman rumah ke.. huhuhu.. budak2 ni bijak klu kite ajar...teringt masa umur faiz 4 tahun kami buka dekat masjid, ms org sibuk2 da abis makan, die merayap ..org ramai dah beransur nk g solat.. kelam kabut cr..sb kawasan lalu lalang penuh dgn org..rupeny husben jpe dekat tempat die selalu main.terpinga2..nk luruh jntung ms tu..lepas kejadian kitorg xbuke kat masjid dah. Sejak haritu klu g mane2 mmg makesure die depan mata... N ajar die nama kawasan umah kami n blok kami duduk.. huhuhu. Ni dah 6 tahun nonbor telefon ayah die pn die da ingt.sb skrg klu nk pesan ayah die singgah mane2 bli brg mmg suruh die je call.. sampai die ingt nombor ayah die😅

    ReplyDelete
  2. masa kecil kecil dulu sy ayah umi pergi jalan2 lepas tu sy ikut siapa entah. nasib tak kena culik kan. skrg ni pun masih berjalan2 dgn umi ayah. kdg umi pimpin tgn sy ya

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik. Penting jika nak bawa anak berjalan jalan..

    ReplyDelete
  4. Tips yang ibu bapa sangat perlu cakna. Dan kita semua kena cakna juga dengan sekeliling. Orang awam pun kena siaga memberi bantuan bila lihat situasi anak terpisah daripada ibu bapanya ketika dikhalayak.

    ReplyDelete
  5. nice sharing..mmg risau oo kalau terpisah dgn anak2...

    ReplyDelete
  6. parents yang perlu sentiasa alert dengan anak-anak, sebab budak2 ni kadang2 terlalu gembira sampai mereka lupa keadaan sekeliling. Bagi saya parents yang lebih perlu untuk memastikan anak2 sentiasa ada bersama

    ReplyDelete
  7. Bagus share tips ni. Bila berlaku, sesiapa jumpa anak yang hilang boleh hubungi parents dengan cepat.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  9. Betul itu ibubapa kena pekat. Seelok-eloknya pegang tangan kalau mereka 5 tahun ke-bawah.

    ReplyDelete
  10. masa anak2 sy kecik2 dulu inilah yg merisaukan tiapkali bawa mereka keluar ke mana mana, sentiasa berjaga jaga
    alhamdulillah blm penah. terjadi
    tapiiii arwah mak cerita kisah cik nur yg penah hilang masa kecik kat funfair ,emmm sekbaik jumpa duduk atas pentas .

    ReplyDelete
  11. pernah jadi masa anak sulung kecik dulu. dia sejenis ligat gak dulu.
    jadi msa tu dah takde rasa malu...memang jerit je panggil nama dia. lantaklah orang nak pandang-pandang ke hapa

    ReplyDelete
  12. penah dulu masa syafi kecil terpisah kejap kat kedai baju.. rasa cam nak nangis aje cari dia. Dia pula jenis tak menangis, selamba jalan sana sini tapi muka dia cuak juga la

    ReplyDelete
  13. Yaaa, betul..selain menjerit, bolehlah menangis dan meraung raung..Risau kalaudah terpisah tu, memang ada orang niat nak culik pulak...Serammm, nauzubillah~

    ReplyDelete
  14. betul tu kena ajar anak tahu nama mak ayah... berjalan dgn anak2 kecil ni mcm2 kemungkinan blh berlaku

    ReplyDelete
  15. aduh takleh nak bayangkan kalau terpisah dgn anak kat tmpt awam :(

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.