KEKAYAAN PALSU

Selain gigi palsu, kekayaan palsu ini lebih malu. Mereka rasa hina dan malu tidak bertempat dengan apa yang ada.

1. Malu dirumah tidak pasang astora bila hujan tiada siaran juga

2. Pinggan mangkuk jenama mahal, makan bila ada tetamu besar datang saja.

3. Pandu kereta kecil atau kancil

4. Bawak kereta buruk atau lama

5. Tiada ipad atau tablet untuk anak bermain

6. Guna telefon lama bukan iphone yang kuat makan battery kena cas 3 kali sehari.

7. Tinggal di rumah kecil atau flat rakyat jelata.

8. Anak UPSR tak dapat 6A macam sepupunya

9. Anak cakap melayu sahaja, tak pandai bahasa Inggeris

10. Balik Raya dengan kereta lama, kereta dulu beli pun terpakai punya.

11. Baju anak Mydin dan pasar malam punya.

12. Tak ada Party hari jadi anak di Mek Di

13. Tak beri duit raya

14. Baju raya cuma 2 pasang sahaja.

15. Tiada tv kotak yang besar dan nipis macam jiran tetangga.

16. Tak suntik vitamin macam kawan pejabat nak bagi putih macam Nelofa.

17. Baju kerja yang murah saja, bukan dari butik ternama

Orang yang mahal tidak perlukan simbol yang mahal untuk mereka.

Orang yang murah perlukan simbol kekayaan palsu untuk kelihatan berjenama.

#BerhentiBagiOrangKagumDenganKita
#UjubMasukNeraka