Macam mana nak cek sama ada akaun bank anda konvensional atau Islamik? 

Penting ke pakai akaun Islamik? Ya, penting untuk mengelakkan riba. Kalau dapat dividen dari akaun konvensional haram untuk kita pakai. 

Ini cara mudah nak tahu akaun anda konvensional atau Islamik.

1. CIMB 

Islamik - No akaun bermula dengan 76 atau 86. Contoh = 76xxxxxxxx

Konvensional - No akaun bermula dengan 70 atau 80. Contoh = 80xxxxxxxx

2. Public Bank

Islamik - No kedua akaun adalah 7,8 or 9. Contoh - x8xxxxxxxx

Konvensional - jika no keduanya bukan 7,8 or 9, akaun tersebut akaun konvensional

3. Maybank

Maybank tak boleh nak beza dari segi no akaun. Tapi boleh tengok dekat nama akaun, kalau ada i hujung dia maknanya akaun islamik. 

Contoh = personal saving account - i

4. RHB

Islamik - No akaun bermula dengan 16 atau 10. Contoh 10xxxxxxxx.

Konvensional - Jika tak bermula dengan 10 atau 16 ianya akaun konvensional

Jika akaun anda konvensional, boleh ke tukar ke Islamik?

Nak tukar direct tak boleh. Kena buka akaun baru kemudian bank akan transfer duit dari akaun konvensional(lama) ke islamik(baru)

Jika akaun Maybank, boleh mohon secara dalam talian aje dengan login ke portal Maybank2U. 

Jika di Kelantan ni biasanya cawangan bank perdagangan mengamalkan perbankan Islamik 100%. Contohnya Maybank, CIMB, BSN, Agro Bank sememangnya automatik akan membukakan akaun simpanan Islamik kepada pelanggan baharu. 

Kalau nak kepastian sila call bank atau pergi branch berdekatan. Ini hanya general guideline sahaja. Mungkin ada yang silap. Kalau salah tolong betulkan... Harap info yang Abam Kie sampaikan ini memberikan faedah kepada kawan2... Terima kasih...