Pada bulan September lepas, sekolah Abam Kie menerima seorang guru pelatih yang bakal menjalani latihan mengajar (praktikum) selama 5 minggu. Nama guru pelatih ini ialah Mr. Karu yang merupakan pelajar dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Dia mengambil tiga kelas guru2 sedia ada termasuk kelas tingkatan 4 Abam Kie. Abam Kie juga dilantik sebagai guru pembimbing kepada guru pelatih ini. Dapat elaun RM75. Berbaloi la. Cuma observe dia lebih kurang, isi borang penilaian, dan lepas tu tunggu duit masuk. In Shaa Allah.

Apa yang menarik mengenai Mr. Karu ini ialah semangat dia nak sambung belajar dan memperolehi segulung ijazah pertama pada usia 67 tahun! Abe Kie pun baru 47 thn. Kena pantau pelatih yg 20 lebih tua plak. Satu pengalaman yang menarik tu! 

Mr. Karu ni dilahirkan di Cameron Highlands, Pahang pada tahun 1953. Selepas MCE dia bertugas sbg guru ganti di Tapah. Selepas setahun mengajar, dia masuk TUDM. Berkhidmat sbg askar udara selama 21 tahun. Selepas pencen tentera, dia membuka pusat tusyen di Tanah Merah, Kelantan sehinggalah sekarang. Dia kata dengan adanya ijazah sarjana muda dalam TESL nanti maka ini akan menambahkan kredibiliti utk ibubapa menghantar anak2 ke pusat tusyennya. Betul kan? Selama ini dia cuma ada sijil daripada British Council aje. Abe Kie yang ada ijazah TESL ni pun x sempat buat tusyen luar kerana kelas tambahan di sekolah ni pun x terlayan. Pagi mengajar, petang buat kelas tambahan, malam datang ke sek untuk tusyen dan hujung minggu pun ada kelas di sek. Mujurlah PIBG bayar elaun. Jika tak, baik abe kie layan Netflix di rumah.... (Jangan kecam ye, zaman buat kelas tambahan percuma dah tiada pada zaman cyber ini).

Pada 5/11/2020 (Khamis) kami guru2 mengadakan majlis jamuan perpisahan buat Mr Karu sempena tamatnya latihan mengajar beliau. Dia juga siap order mee goreng dan minuman dari kantin sekolah. Pas kami guru2 topup dgn makanan lain spt nasi lemak, kuih-muih, kek, laksa, ketupat dan apa jua yang enak dimakan. Mujurlah dia sempat menghabiskan latihan mengajarnya kerana pada 9 Nov 2020, sekolah2 mula ditutup kerana pandemik COvid 19 yang makin menular di negara kita. Terdapat 4 org guru pelatih perempuan dari UPSI yg masih menjalani praktikum sehingga akhir tahun ini dan nampaknya mereka terpaksa mengajar dari rumah aje macam kami. Bertabahlah duhai hati. 

15 Comments

  1. Wahhh, tahniah Mr Karu.. kagum dengan mereka yg gigih sambung belajar walaupun dah berusia ni

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH MR KARU SEMANGAT POSITIF TIDAK LUNTUR WALAU SEMAKIN BERUSIA

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan semangat En KaruπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Wah semangat Mr Kari pelajar dan jadi guru pelatih walaupun ikutkan usia sudah parut pencen.
    Semangat beliau boleh saya ikuti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mr. Karu! Kagum sungguh dengan usaha dan semangatnya. Teringat first time menghadiri kuliah pedagogi, pensyarah kata : Pembelajaran ialah satu proses sepanjang hayat! Jadi, hanya liang lahad pemutus proses.

    ReplyDelete
  6. Walau pun dah warga emas, masih bersemangat untuk belajar.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, seronok Abam Kie dapat kawan baru. motivasi baru. Saya pun turut sama termotivasi.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Mr. Karu! education does not come with age kan :)

    ReplyDelete
  9. wah patot dijadikan contoh. ni buatkan saya nk sambung belajar juga la

    ReplyDelete
  10. kuat betul semangat en karu untuk mengajar. semoga en karu dilimpahkan kesihatan untuk terus mengajar

    ReplyDelete
  11. sekejap nyee tempoh praktikum dia.. saya dulu 4 bulan hehe..

    ReplyDelete
  12. Wah bagusnya En.Karu bersemangat belajar walau sudah 67 tahun! Semangat yang patut kita contohi!

    ReplyDelete
  13. Terbaik la Mr. Karu. Semoga Mr. Karu terus sukses...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.