Assalamualaikum. Sekarang ni semakin ramai penduduk Malaysia yang bercucuk-tanam secara kecil2an. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada sektor pertanian berskala kecil ni. Antaranya menanam sayuran sebagai hobi, mengeluarkan peluh, menjimatkan belanja dapur dan memakan sayur yg bebas bahan kimia yg merbahaya.

Macam Abam Kie sendiri, ada menanam pokok serai di belakang rumah. Ruang bertanah tu kecil aje. Lainlah jika tanah getah abam kie di kampung tu. Luas mcm padang bola. Jadi dengan menanam pokok serai ni dapatlah menjimatkan belanja dapur. Kalau benda yg boleh tanam, kita tanam. Lagipun serai ni mudah hidup. Skrg ni mudah la nak masak tomyam. Tak perlu beli di pasar dah...

Abam Kie ingat nak tanam la pokok2 herba lagi sebagai teman kpd serai ni. Mungkin boleh tanam cili, terung, limau nipis, pokok sup dan sebagainya. Dulu pernah tanam cili tp lama2 mati sebab kemarau. Semoga konsep 'kitchen garden' yg abam kie laksanakan ini akan terus maju. Berbakti kepada tanah pasti ada hasilnya... In Shaa Allah...

18 Comments

  1. in shaa Allah, aamiin.. sekarang ni lebih senang bercucuk tanam sendiri. nak guna pakai terus p ambil :)

    ReplyDelete
  2. saya ada pokok kunyit je. try tanam yg lain2 tu..tak hidup lama plak...he he he..

    ReplyDelete
  3. Jom teruskan hobi berkebun di belakang rumah. Saya pun dah rajin turun tanah. Walaupun tanah hanya ada sekangkang tikus, tapi boleh tanam macam-macam jika ada minat. Elok sangat tanam pokok spt kunyit, halia, lengkuas, serai, dll untuk kegunaan di dapur.

    ReplyDelete
  4. usaha yg bagus..memanfaatkan ruang tanah..

    ReplyDelete
  5. mula as hobi tapi bila da keluar hasil tu mesti teruja.
    saya kurang minat bercucuk tanam but mak suka.. tengok pokok2 dia membesar elok saya plak excited hehe..

    ReplyDelete
  6. senang klu ada tanaman sendiri kan ,mcm rumah atie , ada daun pandan and daun kari saja huhuhuh

    ReplyDelete
  7. saya pon suke bercucuk tanam ni, tapi tanah takde so tak dpt la nak bercucuk

    ReplyDelete
  8. lepas ni sambil nak masak, boleh petik dulu bahan kat belakang umah

    ReplyDelete
  9. Aamiin. Moga apa yang telah dan bakal ditanam tumbuh subur.

    ReplyDelete
  10. seronok bila ada kitchen garden mcm ni. bolehlah tanam kunyit , pandan semua kan. daun sup dah try banyak kali tanam, tapi asyik tak menjadi la pula.

    ReplyDelete
  11. Kalau rajin menanam kat mana pun jadi.. tambah pula ada tanah belakang rumah.. best boleh la cikgu tanam mcm2 lg..

    ReplyDelete
  12. Best abam kie kalau ada ruang boleh bercucuk tanam ni..boleh tanam bahan untuk masak..macam lengkuas, pokok limau purut n poko pisang pun best jugak 😊

    ReplyDelete
  13. bgs ni abam kie..teruskan...
    boleh juga tanam dlm pasu untuk jimat ruang...

    ReplyDelete
  14. Saya ada tanam serai daun kunyit dengan bayam brazil je tu pun belum merasa lagi hasilnya..Lambat betul naik. hahah

    ReplyDelete
  15. Daun kunyit, daun sup, daun bawang, kucai, daun limau purut, daun pandan dan serai sangat berguna untuk dapur. Selain itu, pokok cili pun best juga kalau dapat tanam. Pokok sayur seperti terung, pak choy dan tomato ceri pun best juga!

    ReplyDelete
  16. Ada kitchen garden ni best, nak makan semua petik je kan

    ReplyDelete
  17. Haah isi masa lapang. Lagipun mesti puas dapat petik hasil tuaian sendiri.

    ReplyDelete
  18. garden saya selalu tak jadi...huwaaa

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.