Sudah 23 tahun abam kie menceburi bidang pendidikan. Ada pelbagai ragam dan kerenah anak2 murid yang dijumpai. Ada yang pandai, ada yang sederhana dan yang pasti ada yg lemah dalam akademik. Bagi abam kie la... x kisah la murid2 tu tak sukses mana dalam akademik asalkan mereka menjadi 'manusia' atau dipanggil kemenjadian. Asalkan murid tu berbudi-bahasa, menghormati org tua dan guru, beriman dan bertakwa, itu sudah cukup. Tapi jika mereka berjaya dalam hidup itu adalah bonus kan? Berikut abam kie mahu berkongsi pengalaman dengan anak2 murid yg masih bertanya khabar kpd guru mereka ini biar pun sesudah mereka meninggalkan sekolah. Gambar di atas ialah murid2 Kelas 5 Aurum 2018 yang datang beraya di rumah abam kie pada Aidil Fitri tahun lepas. Bukan tahun ini ye? Seingat abam kie la, mereka ni nakal dalam kelas. Nak mengawal mereka pun susah sbb ada 35 orang sekelas! Biar pun nakal, kerja sekolah tetap mereka buat. Cuma biasalah budak2 ni memerlukan perhatian. Kdg-kala abam kie kata mereka ni kanak2 kurang kasih sayang! Terutama sekali si Mirul tu (berdiri 3 dari kiri). Hahaha...


Sebahagian daripada murid2 kelas 5 Aurum ni mengambil semula kertas Bahasa Inggeris SPM pada 2019. Jadi beberapa hari sebelum menduduki kertas tersebut mereka datang ke sekolah untuk memohon restu ilmu dan mendapatkan sedikit tips. Abam Kie lupa pulak tanya sama ada mereka dapat gred kepujian utk kertas BI lepas. Semoga berjaya la tu. Aamiin.


Ini pula Lukman Zulkifli murid 5 Sains 2 tahun 2017. Dia adalah atlit sekolah. Pernah menjadi johan merentas desa daerah semasa di tingkatan 2. Sekarang ni dia buat ijazah sarjana muda di UiTM. Sekarang ni dia masih aktif menyertai kejohanan larian, marathon, jogathon dan sebagainya. Rasanya dia dilahirkan untuk berlari! Dia ni anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia di tingkatan 4. Biarpun begitu dia dan ibu serta kakak2nya rajin buat bisnes makanan online. In Shaa Allah, rezeki akan melimpah ruah kpd mereka sekeluarga. Hampir setiap tahun dia datang beraya ke rumah abam kie. Tu yg buat abam kie terharu kerana sikapnya yg sentiasa mengingati guru2 yg pernah mengajarnya. 


Cari2 dalam Google Photos terjumpa foto murid2 5 Sains 2 tahun 2014 datang beraya ke rumah abam kie beberapa tahun lepas. Bukan dua tiga org dtg. Sedozen gak tu! Agaknya dah ada dikalangan mereka yang dah bertunang dan berkahwin ni. Biasalah budak2 ni masa remaja memang nakal. Bila dah keluar sekolah dan belajar serta bekerja mereka selalunya akan lebih cerdik dan matang. Biasalah tu...abam kie dulu pun gila2 remaja masa muda2... "Hati kau keras Roy!"

Sebagai penutup abam kie berasa bersyukur kerana anak2 murid masih mengingati diri ini setelah mereka meninggalkan bangku sekolah. Betul lah kata Rita Rudaini tu kan? "Kerana diriku terlalu berharga kepada mereka".