9 cawangan kedai buku MPH akan tutup kedai. Khabarnya sedang berlangsung jualan lelong tutup kedai dgn diskaun hebat. Sejak era digital, surat khabar dan majalah juga dah banyak berkubur. Kini merebak ke kedai buku yg mempunyai banyak cawangan. Lagi akan mewujudkan pengangguran akibat pemberhentian pekerja. Semua dlm situasi yg amat sukar skrg ni. Saya sbg ahli MPH pun walaupun ahli tetap sudah lama tidak membeli buku2 yg dijual disitu. Hanya membeli stationery yg saya rasakan harganya lebih berbaloi jika dibeli di kedai lain.

Berikut MPH yg akan gulung tikar :

- MPH Amanjaya
- MPH Sunway GEO
- MPH SACC Mall
- MPH MYTOWN
- MPH JB City Square
- MPH Kinta City
- MPH MYDIN MITC
- MPH Taman Universiti
- MPH Subang Parade

Kenapa tutup? Kerana mereka tak mampu lagi untuk menampung kos operasi yg lebih tinggi berbanding keuntungan yg menjunam. Ini dikuatkan lagi dengan orang tak mampu beli buku kerana HARGA buku tetap mahal. Ramai juga yg tak minat membaca buku. Tambahan lagi buku tak menarik untuk dibaca selain amalan membaca bukan budaya kita. Pembeli juga suka membeli dalam talian dan boleh dibaca secara digital malah percuma. Angkara situasi Covid-19 juga dan pada zaman yg semakin sukar ini, buku bukanlah satu benda yg mustahak untuk dibeli berbanding keperluan lain yg lebih mendesak. Tambahan pula kedai buku seperti ini telah menghentikan operasi bebeberapa bulan sejak PKP di jalankan.

Dan banyak lagi sebab musabab lain yg mempercepatkan proses penutupan kedai buku seperti MPH ini..saya tak pasti kedai buku lain seperti Borders, Times, Kinokuniya dan Popular. Ini pun saya rasa ada yg dah tutup malah yg masih kekal tetap berjuang nak teruskan operasi. Nak buka cawangan baharu kena fikir banyak kali dan banyak aspek untuk diambil kira.


Kedai Buku Banggol, antara rangkaian kedai buku dan alatulis milik Bumiputera yang kekal beroperasi di Pantai Timur

Yang hanya terus bernafas hanyalah kedai buku di bandar2 kecil yg meneruskan jualan buku2 latihan sekolah, alatulis dan produk industri kecil sederhana. Itu pun mengharapkan belian yg banyak dari setiap sekolah. Buku bersifat ilmiah dah lama tiada begitu juga novel2 yang kurang diminati kerana sudah diadaptasi ke kaca televisyen....

Takziah untuk industri jualan buku negara..