Wednesday, 20 May 2020

Sambutan Hari Lahir Abam Kie Ke 47


Assalamualaikum. Pada 19 Mei 1973 hari Sabtu Abam Kie dilahirkan di sebuah desa terpencil bernama Kampung Tandak, Machang, Kelantan. Abam Kie merupakan anak kelima daripada 6 beradik. 3 lelaki dan 3 perempuan. Terlalu pantas masa berlalu. Dari seorang bayi bertukar menjadi kanak-kanak masuk ke alam remaja kemudiannya menjadi pemuda terus menjadi dewasa dan akhirnya warga emas. Pada usia menjengah ke angka 47 ini tiada apa yg perlu dikejar lagi. Cuma nak menghabiskan sisa usia di dalam perkhidmatan pendidikan dan selepas bersara ingin memperhambakan diri kepada Allah s.w.t sebelum dijemput ke alam barzah dan seterusnya akhirat yg kekal abadi.

Hari lahir pada tahun ini sekali lagi disambut dalam bulan Ramadhan jadi tiada acara makan2 yg hebat di restoran. Lagipun dalam PKPB ini x digalakkan berbuka puasa di luar. Baik berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak aje. Jadi untuk sambutan hari lahir ke 47 ini, isteri abam kie buat pertama kalinya memasak nasi arab versi nasi bokhari. Nasi arab ni ada bermacam2 versi kan? Alhamdulillah menjadi percubaan pertama ini menjadi!


Untuk bersahur pula abam kie mencuba untuk memasak maggi kerabu ala Thai. Selalunya beli maggi kerabu di pasar malam. Ini kali pertama abam kie masak maggi kerabu ni. Bahan2nya mudah je. Kira mcm makanan segera yg mudah dimasak la. Cuma nak menyediakan bahan2nya yg renyah sikit. Tapi cara membuatnya mudah je. Kawan2 boleh google resepi ini dan cuba buat. Cepat dan ringkas. Alhamdulillah. Maggi kerabu ini laku keras! Selalunya kalau abam kie yg masak anak2 akan makan sampai licin! Berbisakan air tangan seorang bapa ni kan?

Dan yang paling terharu sekali ada seorang kawan FB yg menjadi org yg pertama mengucapkan Happy Birthday kepada Abam Kie saban tahun tanpa lupa. Beliau ialah Abang Nizal Muhammad, bekas wartawan dan pengacara TV3 yg popular dahulu. Terima kasih byk2 atas ucapan dan ingatan itu.


Pada kesempatan ini Abam Kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita dapat menyambut Hari Lebaran tahun ini dengan mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan ini. Sekian. Terima kasih.


19 comments:

  1. Sanah helwah Abam Kie...semoga sentiasa dlm rahmat Ilahi..

    sedapnya..nasi bukhori & kerabu megi..air tangan ibu/bapa mmg sentiasa sedap..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi !! Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu abam kie 😁😁

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. selamat hari lahir abam kie. didoakan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kesihatan berpanjangan oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah Cikgu AK.Tiada lain yang kita harapkan sebagai hambaNYA selain hujung destinasi kita semua adalah syurga FirdausNYA..moga Cikgu sentiasa peroleh keberkatan duani akhirat.Dirahmati olehNYA sentiasa.Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah abam kie. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkn rezeki :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir Abe Kie..

    sedapnya kerabu thai

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah Abam kie..
    Semoga usia dirahmati Allah SWT..
    Dikurniakan kesihatan yg baik jua..

    ReplyDelete
  8. Happy birthday abam kie! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki

    ReplyDelete
  9. Sanah helwah Abam Kie..
    Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir dan diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. hepi bestday abam kie..selamat hari raya..:)

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday Abam kie

    ReplyDelete
  13. happy belated birthday abam kie!

    ReplyDelete
  14. Selamat ulang tahun..semoga sentiasa berada dalam rahamat Allah and bhg bersama keluarga tersayang...

    ReplyDelete
  15. Happy belated bufday Abam Kie
    Semoga dalam rahmat Allah .
    Semoga panjang umur serta dlimpahkan dgn rezeki dan dberikan kesihatan yg sihat sejahtera

    ReplyDelete
  16. Happy belated birthday. Singgah sini.
    Tak sangka Abam Kie kenal Nizal Mohammad tu. Saya suka dia waktu jadi prngantara Jejak Rasul.

    ReplyDelete
  17. Thanks. Dah follow balik #1341.

    ReplyDelete

Followers

Newsletter