Friday, 22 May 2020

Panduan sebelum keluar beraya musim PKP ni



Assalamualaikum. In Shaa Allah pada hari Ahad, 24 Mei ni kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1441H. Marilah kita merafakkan kesyukuran kpd Allah kerana dgn izinNya dapat lagi kita menyelesaikan ibadah puasa dgn jayanya pada tahun ini. OK, berbalik kpd Hari Raya ni plak. YB PM telah mengeluarkan garis panduan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi pada hari raya cuma boleh dilakukan ke rumah kaum-keluarga dan jiran terdekat. Pas tu bilangan org di dlm sesebuah rumah tu x boleh melebihi 20 org. Dan yg pastinya tiada balik kampung merentasi negeri tahun ni. Cuma boleh beraya ke rumah2 yg satu negeri je. Ngerti kalian? Masalahnya adakah norma baru ini sesuatu yang boleh diterima? Apatah lagi ketika menyambut Hari Raya... bila berkumpul anak cucu. Rumah terbuka langsung x boleh diadakan. Jadi menjelang hari raya, berakhirnya puasa, abam kie Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah. Sila baca dengan teliti ye? 😎

Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang. πŸ“›πŸ“›πŸ“›

Ya... Boleh beraya tak lebih 20 orang. Boleh beraya dalam daerah. Tapi abe kie harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang... Apa kata kita buat ulangkaji sikit.

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak? Ada baby kecil atau anak syurga? Ada pesakit jantung, darah tinggi atau kencing manis? Ada pesakit kanser atau buah pinggang?

Ya... Better check dulu. Sebab mereka berisiko tinggi. Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg elok2 duduk di rumah pula jadi mangsa.

2. Call dan tanya dulu tuan rumah... Sudi terima tetamu atau tak. Jangan main terjah je sebab nak beraya. Takut2 nanti dia siap jawab, kau sekolah ke tak? Kau SRP lepas ke tak? Ada sesetengah org dia memang jaga dan tak pernah keluar rumah. So bila ada tetamu kat depan pintu dia pun serba salah. Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul. Mana kita dpt duit dan sampul, susah nak cakap. Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas. Sampul bertukar tangan... Time begitu mana ada masa nak cuci dengan hand sanitizer, clorox atau dettol kan. Jadi... Fikir fikirkanlah. Munasabah tak beri duit raya tahun ini. Dan jgn pula kata tuan rumah kedekut nak bagi duit raya...

4.Tuan rumah pun kena jujur. Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dalam rumah anda sebagai keutamaan. Jangan sebab nak jaga hati tetamu, kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga. Biar le orang kata kita overreacting, asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan mereka yg kita sayang...

Nak mudah... Letak saja sign depan rumah. Tulis "Maaf... Rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini. Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah cuai atau tersilap langkah. Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat. Jangan semata-mata kerana nafsu beraya... Kita gagalkan segala usaha.

Duduk sejenak..
Fikirkan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.

#kitajagakita

13 comments:

  1. Rasanya lagi mudah kita beraya di rumah sendiri je. InsyaAllah tahun depan kita boleh beraya lagi :)

    ReplyDelete
  2. Semoga korona ini cepat berlalu di muka bumi Malaysia

    ReplyDelete
  3. tima kasih atas perkomgsian, walaupon raya sorang2 sebab tak boleh rentas negeri, tapi in shaa allah bole share panduan dengan orng lain

    ReplyDelete
  4. Setiap orang mesti kena faham dan hadam betul-brtul hal ini.Betul,kalau nak kena,kena juga,tapi Allah kan suruh kita usaha..menghindari suatu yang bahaya itu juga usaha.

    ReplyDelete
  5. wahh bagusnya ada tips camni.. semoga kita dilindungi..

    ReplyDelete
  6. kitorg pun raya dalam rumah je tahun ni...untuk keselamatan semua pihak jugak...

    ReplyDelete
  7. setuju point abam kie, nak dtg beraya call dlu mana tau kot tuan rumah taknak terima tetamu.. then duit raya tu kalau betul ikhlas nak bg pada org tua kita boleh online transfer je hehe

    ReplyDelete
  8. Rasanya raya tahun ni tak payahlah ziarah menziarahi.

    ReplyDelete
  9. walaupun dibenarkan beraya, saya rasa seeloknya kita duduk je lah kat rumah dendiam.. hee~

    ReplyDelete
  10. Bila dah menang, Covid-19 dah takde, bolehlah melawat. Buat masa ni sabar jerla. Raya kat rumah pun seronok juga.

    ReplyDelete
  11. I'm not going anywhere and just gonna stay home.

    ReplyDelete
  12. Allahu. no 5 tu tak mati pun kalau tak ziarah tahun ni. panjang umur kita jumpa lagi nanti.. salam Aidilfitri cikgu..

    ReplyDelete

Followers

Newsletter