Wednesday, 6 May 2020

7 Menu Paling Popular Di Bazar Ramadhan


PALING meriah bila datangnya bulan puasa adalah disebabkan bazar Ramadhan. Hari-hari dapat singgah bazar selama sebulan.

Banyak pilihan makanan, sampai ada yang sanggup pusing dua, tiga kali tapak bazar tu untuk tengok makanan best untuk berbuka. Makanan bazar juga antara pilihan wanita bekerja yang mungkin tak sempat nak memasak sebelum berbuka.

Tapi seperti mana yg kita maklum pada tahun 2020 ni, Bazar Ramadhan TIADA di seluruh negara kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi kalau nak merasa semua makanan wajib ada di bazar Ramadhan ni kena buat sendiri atau pun order menerusi FoodPanda, GrabFood, Hantar dan mcm2 lagi perkhidmatan penghantaran makanan yg ada di tempat anda. 

Apa-apa pun, jom kita tengok antara juadah WAJIB dibeli di bazar Ramadhan. Mesti di dalam list di bawah ni juga antara favourite kawan-kawan kan?

1. ROTI JOHN


Roti lembut yang diisi dengan daging atau ayam kemudian dilapis dengan telur serta ditambah dengan campuran mayonis dan sos cili dan lada hitam. Confirm ramai sanggup beratur nak makan roti john!

2. AYAM PERCIK


Belum lagi masuk ke tapak bazar, dah terbau-bau asap ayam percik ni kan? Semerbak bau rempah perap ayam sampai ada yang tak tahan.

3. BUBUR LAMBUK


Selain mudah didapati di masjid atau surau, bubur lambuk juga ada dijual di bazar Ramadhan. Antara menu yang hanya muncul ketika bulan puasa kerana kesedapannya dan paling pasti, mengenyangkan!

4. MURTABAK


Kami yakin di setiap bazar Ramadhan mesti ada lebih dari 5 gerai yang jual murtabak. Ikut selera anda, sama ada hendak yang berintikan ayam atau daging. Sama ada dicicah dengan kuah kari atau sirap bawang, dua-dua tetap sedap!

5. AIR KATIRA


Antara air favorite orang ramai ketika bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa, agak sukar untuk jumpa di pasar-pasar malam sebab bahannya bukan senang untuk didapati.

Minuman popular di Johor ini menghimpunkan pelbagai jenis buah-buahan antaranya katira (getah anggur), kismis, badam, kurma, kembang semangkuk dan susu segar.

6. POPIA BASAH


Ini antara kuih kegemaran Abam Kie tiap kali bulan puasa. Kadang-kadang sanggup beratur panjang walaupun gerai yang menjualnya dipenuhi pelanggan. Sebab isinya yang padat dan sosnya yang berasa pedas manis itu.

7. TEPUNG PELITA


Bila dah kenyang makan nasi selepas berbuka tu, kuih tradisional ini dikira sebagai pencuci mulutlah. Ada juga yang simpan tepung pelita di dalam peti dan makan sejuk-sejuk selepas balik dari solat terawih.

Jadi tahun depan la kita pergi beli juadah di bazar Ramadhan, ye? Jgn sedih kali ini tak dapat kita bersama membeli-belah di sana. 

Sumber: https://bawangputih.my/

28 comments:

  1. bubur lambuk itu memang betul2 kena tunggu ramadan baru dapat.....bulan lain rasa dia tak sama...

    ReplyDelete
  2. Walaupun semua ni di luar ramadhan ada je di jual..tapi beli bila bulan ramadhan,di bazaar ramadhan aura dia lain dan entahlah rasanya pun lain..itulah indahnya ramadhan.

    ReplyDelete
  3. semua pun favourite tu kecuali air katira sebab tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  4. murtabak n bubur lambuk, nyum nyum

    ReplyDelete
  5. semua ni mmg makanan feveret mama mmg list ni betul ni

    ReplyDelete
  6. Betul sangat, semua tu nak kena beli dan makan time pose kann...cuma popia basah je belum dapat beli, lain semua dah...

    ReplyDelete
  7. Bubur lambuk Tu yg saya rindu Abam kie..
    Hendak bubur lambuk kg baru Kuala Lumpur..
    Ramadan je yg ada.

    ReplyDelete
  8. aduhh sedap2 semuanya tu..setakat puasa ni belum dapat lagi selain nombor 3, 4 dan 5...

    ReplyDelete
  9. semua pun sedap....ayam percik kelate sedapnye.....

    ReplyDelete
  10. popia basah dia bukan main lagi..

    ReplyDelete
  11. tahun ni kempunanlah nak pegi bazar ramadan.

    ReplyDelete
  12. Abam Kie, Bubur lambuk ni kat belah kedah ni kita panggil Kanji hahahaha... adeh. Masa mula-mula pak mentua suruh pi amik kanji kat masjid, dok kata dalam hati, nak buat apa kanji... selalu guna kanji buat pelekat dalam buku kat selising dulu hahahaha

    ReplyDelete
  13. tak de bazar tahun ni.. dpt tgk gambar ni je la.. hehe

    ReplyDelete
  14. Sy kalau xde murtabak dan air tebu tak sah

    ReplyDelete
  15. Baru makan roti john semlm..miss ayam percik & air khatira..selalu dpt percuma bubur lambuk, tahun ni takde..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Abg kie.. betul laa, semua juadah tu antara yang wajib ada dlm tempoh sebulan berpuasa. hehehe hikmah takde bazar time ni, tak de laa sampah merata2... kawasan semua bersih jadinya... hehhe

    ReplyDelete
  17. Bila pergi bazar, semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  18. roti john antara menu yang paling rabia suka

    ReplyDelete
  19. Setakat puasa hari ini belum dapat makan ayam percik lagi al-maklumlah sebelum ni beli kat bazar aje.

    Nak order online tapi ntah kenapa mood kelaut huhuhuhu...

    ReplyDelete
  20. Dlm semua yg abam senaraikan tu, air katira saya x penah beli, malah x penah rasa pon... sedap ke?

    ReplyDelete
  21. setakat ni, baru rasa murtabak je. makan je la apa yang ada kan...

    ReplyDelete
  22. hehe setujuuu dgn semua list tuuu. Kena makan jugak setiap kali Ramadhan, padahal masa pasar malam sebelum ni banyak je jual hahah

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  23. takpe jangan sedih sedih.. sekarang ni semua resepi di hujung jari.. rajin tak rajin ja nak buat kan hahaha

    ReplyDelete
  24. rindu nya dengan suasana bazaar ramadhan ini. tahun ini tiada. kebanyakkan masak sendiri sahaja. hmmm..

    abang ki. sudilah exhange bloglist dengan blog saya
    :(

    amerjaya.com

    ReplyDelete
  25. Roti John dengan tepung pelita tu memang favorite 😋

    mijablur.com

    ReplyDelete
  26. rindu kan bazar ramadhan tapi demi keselamatan semua, kita kena terima norma baru

    ReplyDelete

Followers

Newsletter