Wednesday, 8 January 2020

Jangan Call Guna Whatsapp Ketika Kecemasan


Assalamualaikum. Pada zaman ini semakin mudah untuk menelefon orang. Setelah apps seperti Whatsapp, Wechat, Viber dan sebagainya membolehkan kita menelefon rakan2 menerusi data atau wifi, maka pengguna HP kini cenderung menggunakan kemudahan tersebut. Tapi abam kie merasakan tidak perlulah call kwn guna whatsapp untuk perkara2 urgent atau kecemasan.

Sebaik2nya jika berlaku perkara 'urgent' atau 'emergency' sebaik2nya guna pakai line terus la. X perlu guna wifi atau bagai! Nampak benar x de kredit! Apa guna iphone model terkini jika x de kredit dalam tu kan? HP mahal2 boleh beli tp kredit x de!

Ni abam kie nak berkongsi bilamana situasi sedemikian berlaku. Pada suatu hari ada seorang peguam nak beli HP dengan abam kie. Abam Kie memang la selalu iklankan barang2 terpakai kat mudah.my. Dia berjanji nak datang tengok HP tu di rumah abam kie selepas habis kerja dalam jam 5 ptg. Jadi lepas solat Zuhur tu abam kie siap hantar lokasi rumah (Google Maps) kat dia. Dek kerana lama menunggu abam kie pun tertidur la. Tapi HP tetap ON dan diletakkan di sebelah aje. Cuma wifi dimatikan la. Abam Kie x suka ON data 24/7 sebab nak jimatkan bateri. 

Apabila abam kie tersedar pada jam 5.40 pm tengok ada missed call kat Whatsapp. Rupa2nya lawyer tu call. OMG! Nape la mamat ni x call terus je. Ni dah tahu urgent masih nak guna whatsapp. Lalu abam kie call dia. dan bagitahu abam kie tertidur. Tanya kenapa dia call. Dia jawab dia call sbb x dapat cari rumah abam kie. Abis, kalau call wassap x leh, nape x call terus je? Sebab gagal call abam kie dia terus balik ke rumah..... Arrghh!

Tapi mujurlah dia bersetuju nak beli HP tu utk anaknya. Oleh sebab abam kie memang nak let go benda tu cepat2, abam kie suruh dia ambik HP tu dgn kawan lama abe kie yg kerja kat sykt courier keesokan harinya. Duitnya dia akan bank in. Alhamdulillah. Esoknya dia bank in duit dan kwn abam kie pun menyerahkan HP tu kat dia. 

Jadi peringatan kpd kwn2..pastikan kredit HP anda selalu ada sebab kita tak tahu bila kita ada kecemasan dan memerlukan bantuan org lain. Sekian. Terima kasih.




16 comments:

  1. Sesungguh ny betul.. sb call melalui wasap, org yg kite call tu ade internet ke tidak.. pastu line putus2 klau internet xkuat.. tu yg leceh..

    ReplyDelete
  2. Saya kalau urgent guna call biasa je. Lagi cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  3. samalah dengan saya abam Kie, tak suka orang guna wassap call, kadang kita tak perasan, dan putus-putus

    Saya kalau guna wassap call selalu time nak buat video call dengan family n adik-adik, baru best cakap dapat tengok muka.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. setuju sangat dengan penulisan abam kie. hal kecemasan digalakkan guna call biasa, senang orang nak alert :)

    ReplyDelete
  5. saya pun tak berapa suka jenis yang call through wassap ni...sebab data ni belum cukup stabil untuk kita buat call..bila bercakap pun delay dan sangkut2..tak sebagus line...

    ReplyDelete
  6. Call melalui wassap selalu terputus2...call terus senang lg.

    ReplyDelete
  7. Macam ni punya orang pun ada. Urgent masih mahu guna whatapl cll

    ReplyDelete
  8. Cerita Abam Kie ni boleh di jadikan pengajaran. TQ Abmkie, juju suka guna umobile sebab unlimited call dan wassup, tak suka guna wassup call.

    ReplyDelete
  9. perpaid,,pospaid dua-dua kena siaga..bateri..powerbank..lebih-lebih kalau buat pergerakkan jauh atau memang ada urusan penting..

    ReplyDelete
  10. senang pakai postpaid je. byk telco yg offer unlimited calls less than RM100 per month. klu myra lebih bagus call pki line daripada WA call.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  11. Ada benarnya. Whatsapp ni tak menjanjikan apa apa bila buat panggilan, kalau line tak ok , voice call pun dah macam sedang belajar bercakap .Tergagap gagap..

    ReplyDelete
  12. susah kalau nak harap whatsapp saja

    ReplyDelete
  13. Betul tu abam kie...
    hp mahal2 kedit tak ada pun x guna...
    kdg2 org x on wifi ataupun data 24jam...

    ReplyDelete
  14. ni mesti kes dia xde kredit ni

    ReplyDelete