Jika anda selalunya bawa kereta seorang diri untuk ke mana-mana, adalah pentingnya untuk mengetahui setiap simbol kecemasan yang ada pada kereta. Dengan cara itu akan memudahkan lagi kerja anda jika kereta anda mengeluarkan simbol tersebut secara tiba-tiba. Barulah tak panik, bukan? Paling penting, anda akan lebih mengetahui apa yang patut anda lakukan untuk mengatasi masalah itu.

Tidaklah hanya berharap kepada lelaki atau orang yang lalu lalang untuk memberitahu apa sebenarnya masalah kereta anda.

Di bawah merupakan 11 simbol kecemasan serta perlu diketahui dan difahami oleh setiap orang yang mempunyai kereta:

1. Amaran brek tangan


Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid).

2. Amaran suhu enjin


Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkurangan.

3. Periksa cecair penyejuk


Cecair coolant/penyejuk kereta rendah. Check dan tambah cecair penyejuk/coolant segera!

4. Amaran minyak enjin


Enjin kereta anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.

5. Bateri kereta

Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.

6. Beg udara


Berkemungkinan beg udara ada kerosakan jadi kena cepat-cepat ganti.

7. Amaran minyak brek


Cecair brake kereta anda berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brake pads habis.

8. Periksa enjin



Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor kereta anda ada masalah.

9. Lampu high beam


Periksa juga kalau-kalau anda terbuka lampu ini ketika waktu siang atau waktu yang tidak diperlukan.

10. Pemanas cermin belakang

Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.

11. Amaran penstabil kereta


TCS berada di dalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS - sistem yg kawal tayar daripada tergelincir dan memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.

P.S: Sebelum keluar rumah, jangan lupa periksa kereta anda terlebih dahulu!


22 Comments

  1. Nice sharing tuan...btw, sy sudah masukkan blog tuan dlm bloglist 2020..kalau tak keberatan nak masuk dlm bloglist tuan juga :) tq tq

    ReplyDelete
  2. terima kasih sangat berguna

    ReplyDelete
  3. nice sharing cikgu...

    ini antara sikit-sikit yang saya tahu pasal kereta, itu pun kadang suami dah bagitau tapi lupa je

    ReplyDelete
  4. Nice sharing abam kie...
    lelagi kami yg perempuan ni ada sesetengah ni tahu drive je...nieyl la tur...hehehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Cikgu perkongsian.Jalan dekat ke jalan jauh ke sebolehnya periksa dahulu kenderaan selengkapnya.

    ReplyDelete
  6. kereta ammi yang no. 4 tu memang menyala je tak sudah2. dh bawak gi bengkel semua ok tp sign tu takmo go off...ntahlah

    ReplyDelete
  7. good info abam.. mama kadangkala ada juga blur tak tau apa yg kereta ni cuba ckp

    ReplyDelete
  8. lepas accident itu hari.. air bag tuk asyik menyala je.. mungkin sensor .. x g check pn lagi... kalau bawak kete .. mmg kena tau simbol2 ni..

    ReplyDelete
  9. Banyak juga simbol nak kena alert ni abam kie..thanks sharing

    ReplyDelete
  10. No 5 dengan 8 Mrs. A pernah alami.
    Bertabah yolah

    ReplyDelete
  11. Azhan: terima kasih abg kie atas perkongsian

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ni. Bila simbol-simbol ni menyala mula la gelabah lain macam

    ReplyDelete
  13. ada jugak simbol yg saya belum tau, huhu. alhamdulillah dapat ilmu baru harini ^_^

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum..tips keselamatan..terbaik

    ReplyDelete
  15. Bagus perkongsian ini.. membantu meyegarkan semula ingatan.. Selalu dok menyala minyak habis je.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. kalau tak silap saya, kenderaan terkini, kalau keluar simbol2 ni akan kedengaran alarm amaran...

    ReplyDelete
  17. Memang dah lama pandu kereta pun tidak tahu semua simbol kereta ni. Bagus sangat penjelasan yang diberikan. Dapat saya sekarang tahu tentang simbol-simbol ni.

    justunique

    ReplyDelete
  18. Selalu serah kat suami je periksa ni semua. Nice sharing Abam Kie. Dapat ilmu hari ini untuk ambil tahu pasal simbol-simbol

    ReplyDelete
  19. aida pernah kena sound dgn asben pasal ni semua.
    sebab aida kerja jauh dari rumah.
    tu yg selepas tu, aida ok ok la pasal semua tanda ni.
    tak la tahu semua. yg asas dan amat penting.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.