Friday, 12 July 2019

Panduan Dan Peringatan Buat Warga Pendidik Di Malaysia


πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ

1. Jangan terlalu over dos kerja sbg guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.
Nota: Kajian Kesihatan Mental terbaru mengesahkan 90% punca stress banyak berlaku di tempat kerja (sekolah)

2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'..Nasib mu belum pasti dapat pembelaan. Ianya bukan auta tapi fakta. Suarakan yg hak dan isu kebajikan rakan-rakan. Kesatuan guru pula sudah tiada taring sengatan, Bayaran yuran umpama mencurah air di dalam lautan.Tengoklah sendiri, tiada hasil yg menggembirakan !!

3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu  melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mereka terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian.  Segelintir cuma mereka yg tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah 'habis madu sepah dibuang bertaburan'. Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Akan muncul juga jenis 'kawan makan kawan'.. Yakinlah ini kenyataan ! 

4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu nasib kita ada pembelaan. Pilihan yg ada, kerjalah dengan kegembiraan. Usah risau dengan sistem dan dasar yang tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!

5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. Usah terlalu rigid atau taksub SOP, belajarlah bertoleransi, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yang mencipta jurang benci, macam kuku besi, alahai sedih sekali. 80% pentadbir pendidikan kini tak cukup masak dan tiada kualiti. Persekitaran pendidikan jadi negatif dan punca tekanan. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan rakan sejawatan. Semakin ramai kaki bodek, tamak jawatan dan hilang pedoman. Persaraan awal jadi pilihan. Pentadbir  rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada bos mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan. 

6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dengan penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jangan merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dgn ikhlas, jangan dengki atau tikam kawan utk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama  biar hati gembira, hubungan silatulrohim mesra berkekalan. 

7. Sokong dan hargai rakan taulan. Berikan ucapan tahniah kpd mereka yg terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mereka kejayaan. Salurkan aura positif kepada sahabat kenalan. Doakan mereka kerana itulah senjata paling berkesan. Maafkan musuh agar hati tenang dan bahagia berpanjangan. Itu pesan DMFK yang ku jadikan pegangan. 

8. Targetlah umrah atau Ibadah haji seawal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji Allah mana ada dusta !

9. Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan untuk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 7 hari sahaja (skrg 10 hari), sapulah cuti sekolah jalan cari makan yang memang hak kalian.

10. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja @ mengajar  sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran dan majikan. 

11. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jangan pandang belakang, jalan terus ke depan. Lakukan apa yang anda suka dan cuba usaha tambah pendapatan. Jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mereka mahu kita fail dalam kehidupan.

12. Jika tiada masalah  kewangan dan beban hutang pencenlah awal sebagai pilihan.

Jika kita memudahkan urusan orang lain, pasti ALLAH akan memudahkan urusan kita, sebaliknya jika kita menyukarkan urusan orang, Allah juga menyempitkan segala urusan kita. 

"HIDUP BERBAKTI" 

Sumber: Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia

14 comments:

  1. tugas guru hari ini memang betul2 mencabar...mendepani masalah yg bkn calang2 di dalam dan di luar sekolah

    ReplyDelete
  2. Tugas mengajar itu mudah, tugas mendidik itulah yang sukar, tambah lagi zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. 200% sy setuju dgn abam kie.

    ReplyDelete
  4. Kebanyakkan kawan-kawan PC yang menjadi guru..sehabis boleh mahu selesaikan apa sahaja jenis hutang segera yang boleh kerana ada antara mereka mahu berhenti awal Cikgu AK..

    ReplyDelete
  5. im not teacher so im not fully understand their job so...agreed 100% with your article. keep it up!

    ReplyDelete
  6. Bila keluar pintu pagar, jalan terus jangan pandang belakang...sampai keadaan macam tu ?

    ReplyDelete
  7. ada adik-beradik yg jd cikgu..depa happy, setiap tahun mesti ada rombongan bw budak sekolah..bila cuti sekolah, cikgu2 buat plan gi melancong overseas..

    ReplyDelete
  8. Saya yakin saya tak mampu jadi guru...sebab tulah saya empat kali gagal Mtest

    ReplyDelete
  9. hebat betul tanggungajawab dan peranan seorang guru dlm mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  10. Dah lama tinggalkan dunia kerjaya sebagai guru ni. Belajar untuk jadi guru last2 berhenti. Mungkin tiada minat di sana. Apa pun tahniah kepada kawan seperjuangan dari sekolah SIKK yang masih terus mendidik anak bangsa....

    ReplyDelete
  11. yes2... penghargaan dan sokongan sesama guru sangat2 lah penting. lagi2 time nak mendidik remaja yg makin mencabar skrg ni

    ReplyDelete
  12. guru sepatutnya fokus kepada mendidik. jangan dibebankan dengan perkara berat lain. semoga cikgu2 di malaysia khususnya terus berbakti membentuk bangsa yang gemilang kelak.

    ReplyDelete
  13. Nice sharing abam kie. Kebanyakan nasihat yang boleh diadaptasi untuk terpakai dalam apa jua jenis pekerjaan terutamanya yang nombor 1 dan 12

    ReplyDelete