Monday, 15 July 2019

Kenduri kahwin serba sederhana di Kelantan


Pada cuti Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, kawan lama Abam Kie yang berasal dari Johor Bahru ada datang menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya yang bernikah dengan gadis berasal dari Machang, Kelantan. Jadi inilah sedikit komen beliau tentang majlis kenduri kahwin yang dihadirinya. Dia menganggap orang2 Kelantan ni ukur baju pada badan sendiri bila masuk bab2 kahwin ni. Jom baca komen beliau! 

✅ Ini kali ke 10 AJ hadiri kenduri kahwin di Kelantan

✅ AJ respect kenduri kahwin di sini. Mostly ukur baju pada badan sendiri

✅ Majlis yang simple-simple, tempat pengantin yang biasa, makanan pun tidak la bermewah-mewah, kompang-kompang silat silat pun jarang

✅ Pelamin biasa-biasa, makanan beradab pun seadanya, tiada photographer itu situasi normal. Bukan tak mampu tapi kenapa nak membazir sehari derita bertahun-tahun kan?

✅ Sometimes, pengantin mungkin segan jadi majlis dibuat simple-simple je.

✅ Tapi apa gunanya kenduri gah, jemput beratus-ratus orang tapi guna duit personal loan lepas kahwin hutang berjela?

✅ Lebih malang anak dah dua 3, hutang personal loan belum selesai

✅ Jangan kerana nak beraksi lebih Raja Sehari, derita dan sengsara bertahun-tahun lamanya

✅ Tepuk dada, tanya selera. Kalau mampu apa salahnya. Kalau tak mampu berpada-pada la ya

✅ Tabik Spring. No wonder orang Kelantan ramai yang kaya raya!




16 comments:

  1. tak pernah lagi pergi kenduri kahwin di kelantan. Tapii kalau kat Johor ni...jangan cerita meriahnya..belanjanya... Tapi kalau anak saya nanti, saya cuba untuk nak membazir berlebihan. acececeh..anak dara baru umur 5 tahun

    ReplyDelete
  2. bagus begini, berhemah dalam berbelanja..

    ReplyDelete
  3. Suka wedding simple cam gini sebab lauk dia lauk kampung yang sedap.

    ReplyDelete
  4. Simple adalah satu jalan mudah kerana, kalau buat grand2 pada raja sehari. dah habih2 ribu2 dah.. huhu

    ReplyDelete
  5. saya pernah juga pergi, kawan pun buat simple je di kelantan. tapi ada juga buat seperti biasa. ia bergantung kepada keluarga tersebut

    ReplyDelete
  6. Kdg² ade betulnya bersederhana...tapi kdg² tak ada salahnya kalau nak bermewah sikit cuma yang x bagusnya adalah berHUTANG. Nieyl teringat masa nieyl nak kawen dlu kan abam kie.. ada dekat setahun juga tau nieyl simpan duit kahwin tapi xdelah sampai berikat perut bagai..cuma setiap bulan tu saving lebih sikit..korbankan duit joli-joli bulanan tu hehehe.. :)

    ReplyDelete
  7. ramai sangat yang bercerai sebab masalah hutang. masa kahwin habis berpuluh ribu, sudahnya cerai sebab stress duit tak cukup

    ReplyDelete
  8. x salah..tapi ada juga orng luar yg komen knp x de meja,hanya ada kerusi..susah nk makan sbb kerusinya sedikit,dah la makanan tidak diletakkan bawah bumbung,terdedah macam tu je..hihi...akak jwb..sbb lain tempat lain caranya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat pasangan pengantin.
    Mrs. A pun sependapat biarlah kita sedar dan ukur baju dibadan sendiri daripada nak memuaskan pandangan mata orang diri sendiri yang akan tanggung beban.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih berkongsi. Tak pernah ke Kelantan lagi tapi ada niat juga nak pergi.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..ringkas tapi membahagiakan semua pihak..keluarga..tetamu dan keluarga mertua pengantin.Nak mewah atau sederhana itu pilihan sebenarnya..persefahaman juga.Selagi ianya selesa dan tidak membebankan setelah majlis selesai..itu memadailah.

    ReplyDelete
  12. simple2 aje...alhamdulillah...kadang2 anak2 nak yang simple aje, tapi mak bapak makcik pakcik yang lebih2..nak buat cane...hahahah

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang simple is more. Sarie suka pergi kenduri kahwin camni sebab sempoi so tak beberapa nak segan nak makan bagai.

    ReplyDelete