Walaupun makan di rumah itu lebih baik daripada makan di luar, namun ramai orang yang bekerja mungkin mempunyai sedikit pilihan tetapi untuk makan di luar. Jika rumah mereka jauh dari tempat kerja mereka, pulang ke rumah untuk makan tengahari dan kemudian pulang ke pejabat akan menjadi perkara yang melecehkan. 

Banyak masa akan terbuang begitu sahaja disebabkan oleh kesesakan lalu lintas dan perjalanan pergi dan balik dari rumah ke pejabat. Itu belum termasuk dengan perbelanjaan petrol! Tambahan pula waktu makan tengah hari tidak terlalu lama.

Kita juga perlu ingat bahawa terdapat ramai pekerja yang tidak sempat pulang ke rumah untuk makan malam. Bagi mereka yang belum berkahwin, makan di luar atau membeli makanan yang dibungkus adalah alternatif pilihan.

Tidak dinafikan lagi bahawa makan di luar tidak begitu menyihatkan jika makanan yang dimakan mengandungi rempah yang berlebihan atau disediakan dengan bahan mentah berkualiti rendah yang mungkin tidak dibersihkan dengan baik. Oleh kerana amalan tidak bersih di dapur restoran atau gerai makan, ramai pelanggan mungkin membayar harga yang mahal untuk makanan yang lazat - dan mungkin juga bil perubatan yang tinggi juga kemudian hari!

Makan di luar juga menelan belanja yang mahal. Jadi jika bilangan ahli keluarga kawan-kawan ramai, baik je beli bahan mentah dan memasak di rumah sahaja!

Walaupun sumber kewangan abam kie dan isteri sangat terhad, kami sekeluarga tetap mengamalkan budaya makan di luar sepanjang tahun ini. Kami mengekalkan keseimbangan yang agak holistik dengan sarapan pagi di rumah (minuman panas ditambah roti), membeli nasi bungkus untuk makan tengah hari dan makan malam yang disediakan oleh isteri abam kie yang merupakan tukang masak yang sangat baik. Kami tidak mengambil supper atau minum malam kerana kami mendapati ia tidak perlu dan tidak sihat.

Makan di luar juga ada kebaikannya kerana kita dapat menikmati suasana di luar sambil menjamah makanan kami. Tukang masak iaitu isteri abam kie diberikan masa rehat dari dapur, dan kami juga membantu peniaga gerai makanan dan restoran untuk terus bertahan pada era ekonomi yang genting ini.