Assalamualaikum dan selamat pagi...

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi2 ready nak solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Update dulu ucap selamat pagi kat FB insta, weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member.
Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan keterlanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang yg akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang yg akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang yg mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad endingkah, atau happy ending?

Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan?

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu di sisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yg Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.

Dari itu tuan2 dan puan2, MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..

Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..

Wallahua'lam..muhasabah diri. Peringatan utk diriku yang dhaif ini jua!

13 Comments

  1. In Shaa Allah Abam Kie semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-Nya yang beriman. Tidak leka dengan nikmat dunia semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Memang betul la tu Abam Kie. Masa ni tak boleh nak patah balik. Hargai la masa selagi kita masih berkesempatan untuk menghargainya

    ReplyDelete
  3. Segalanya Qada Qadar Allah SWT. Kita hanya merancang, Allah SWT menentukan segalanya. Hanya Dia maha mengetahui segalanya. Kita yang hidup hargailah masa yang ada. Jaga diri sendiri. Dan mendengar sebagai tauladan mahupun sempadan...

    ReplyDelete
  4. In syaa Allah.
    Kita manfaatkan masa yang berharga ini dengan amalan2 yang berfaedah

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Ya Tuhanku, takutnya jadi golongan yang rugi. Semoga Allah sentiasa betulkan saya..

    ReplyDelete
  6. Insyaallah. Semoga hidup sementara kita ini diberkatiNYA..

    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-abam-kie.html

    ReplyDelete
  7. Aamin..aamin...aamin...moga kita usahakan betul2 untuk ke syurga-Nya..

    ReplyDelete
  8. bangun pagi menggeliat macam kucing dulu bangun mandi solat siram pokok pergi kerja, habis kerja layan blog update itu ini lepastu tidur. Esok ulang benda sama.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu. Saya cuba ubah sikit tabiat tengok 'henpone' sebaik saja bangun tidur. Dah terbiasa. Doakan saya berjaya mengikis tabiat ini. Kadang-kadang samapi 10 minit dok scrol dan baca mesej whatsapp yang diterima malam tadi. Lepas tu baru kelam kabut nak gi mandi.

    ReplyDelete
  10. smoga tabiat kita yg terbaik itu.

    ReplyDelete
  11. Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Surah Al-Asr surah yg pendek dalam Quran tetapi membawa makna yg besar buat kita. Insya Allah, moga kita tidak tergolong dlm golongan yg rugikan masa.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah abam kie.. terima kasih peringatan ni

    ReplyDelete
  13. Peringatan yang bagus buat semua..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.