Asslamualaikum. Pada minggu lepas abam kie ternampak banner ni kat depan koperasi sekolah. Terus tanya ustazah yang jaga koperasi tu. Katanya kini koperasi sekolah sudah dilantik sebagai ejen Bank Rakyat. Wow! Hebat tu. Biasanya BSN aje yang ada ejen2nya di kawasan luar bandar. Tambah beliau, kini warga sekolah boleh melakukan transaksi seperti deposit wang, pengeluaran tunai, pindahan wang intrabank, pembayaran bil utiliti (kecuali ASTRO) dan juga bayaran pembiayaan (pinjaman) di koperasi sekolah!


Bagaimana transaksi dijalankan? Rupa2nya dengan penggunaan POS terminal ini semua transaksi boleh dilakukan secara mobile. Peranti ini menggunakan line Celcom. Contohnya jika abam kie nak keluarkan wang, cuma bawa Mykad dan kad ATM dan serahkan kepada guru koperasi. Lepas tu dia suruh tekan no PIN di peranti tersebut. Dalam peranti tu memang la x ada duit tunai! Sebaliknya duit akan diambil menerusi akaun koperasi sekolah dan diserahkan kepada pelanggan. Resit juga akan dicetak dan diserahkan kepada pelanggan sebagai bukti transaksi. Sama juga kalau nak bayar bil utiliti cuma perlu bagi no akaun perkhidmatan berkenaan. Bagi setiap transaksi Bank Rakyat akan memberikan komisen sebanyak 50 sen kepada ejen.  


Oleh kerana abam kie menjadi antara 10 orang terawal melakukan transaksi Bank Rakyat di koperasi sekolah maka abam kie dihadiahkan sehelai tuala muka oleh pihak bank. Sebenarnya abam kie cuma bayar bil TNB sebanyak RM10 aje bagi melayakkan abam kie memenangi hadiah berkenaan. Alhamdulillah.