Baru-baru ini Astro memperkenalkan ‘Boo’, Destinasi Seram Asia, yang bakal menyaksikan perkara-perkara yang paling mengerikan, menakutkan dan cukup memualkan serta luar dari imaginasi ke skrin televisyen rumah kita!

Jika kwn2 merasakan kegerunan dan keganasan mampu menggegarkan dunia, maka Boo merupakan destinasi terbaik untuk kwn2 menikmati program-program Asia yang cukup mengerikan dan mendebarkan ini melalui saluran 404 berdefinisi tinggi.

Jadi pada awal cuti sekolah yang lalu, abam kie melanggan saluran 404 ini. Boleh dilanggani melalui saluran 200 atau telefon je ASTRO minta mereka aktifkan saluran Boo ini. Seronok juga menonton filem2 seram ni pada siang hari. Kalau malam hari tu baik tengok dengan keluarga atau kawan2 la jawabnya. Kebetulan anak2 abam kie juga meminati cerita seram dan thriller jadi kami selalu menonton bersama.

Antara filem yang akan menghantui senarai Boo termasuklah psiko-thriller, komedi seram, aksi-seram dan banyak lagi termasuklah tayangan filem baharu pada setiap Jumaat.

Sewaktu majlis pelancarannya, Boo turut menyiarkan selingan video eksklusif filem-filem menggerunkan dari Thailand, “Grace” yang mengisahkan seorang bekas idola Internet dan peminat nombor satunya serta percubaan mereka menculik idola Internet generasi kini; legenda urban "The Little Girl In Red" dari Taiwan, “The Tag-Along”; kisah penuh berhantu “Ghost Sense” yang juga dari Thailand; dan sebuah filem paranormal Indonesia, “Misterius”.

Boo akan juga menghantui penonton menerusi filem-filem klasik Thailand dan Jepun, “Nangnak” dan “Shutter”, "JU ON: White Ghost & Black Ghost", "Battle Royale” dan judul-judul popular tempatan seperti “Jangan Pandang Belakang Boleh?”, “Kami Histeria”, "Nasi Tangas", “Hantu Tok Mudim” dan “Spicy Killers”.

Dengan semua judul filem boleh didapati di On Demand, pelanggan Astro digalakkan menyambung sambungan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses filem-filem Boo mengikut keselesaan mereka ataupun menontonnya di aplikasi Astro on The Go, sebagai tambahan kepada tontonan di layar TV menerusi saluran 404 dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM 6.35 (termasuk GST), mulai 31 Oktober 2016.

Jom kita tengok cerita seram pada malam ini!