Keropok Sri Sura, Dungun, Terengganu
Bercanda di Pantai Sura, Dungun, Terengganu

Pada cuti Maulidurrasul tempohari, abam kie dan keluarga bercuti ke Dungun, Terengganu. Tujuan utama kami ke sana ialah untuk menziarahi cucu saudara yang baru lahir. Anak saudara abam kie, Zaim mendapat cahayamata perempuan. Alhamdulillah dan tahniah. Kini abam kie dah ada 4 orang cucu saudara. Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 8.30 pagi dan sampai di rumah kak long 3 jam kemudian. 

Setibanya kami di sana terus kak long mengajak kami makan tengahari sebab masa sarapan tadi kami makan sikit saja. Berselera betul makan masakan kampung hasil air tangan kak long. Memang masakan kakak2 abam kie sedap2 belaka biar pun dimasak secara mudah saja. 

Selepas solat Asar kami bergerak ke rumah besan kak long yang cuma 5 minit perjalanan. Anak saudara abam kie ni mirip dengan muka bapanya. Biasalah kan, anak perempuan mirip dgn bapanya. Selepas itu kami bersiar-siar di Pantai Sura yg terletak 1km dari rumah kak long di Jalan Kenanga. Sempatlah kami snap beberapa keping gambar sebelum waktu Maghrib masuk.

Keropok Sri Sura, Dungun, Terengganu
Kilang Keropok Sri Sura

Sebelum bertolak balik pada keesokan harinya, kak long membawa kami ke kilang keropok Sri Sura. Di sini ada menjual keropok, satar, popia, aneka sos, kerepek, kuih sejuk beku dan sebagainya. Bahgian depan dijadikan kedai manakala di bahagian belakang itu dijadikan kilang. Ramai juga pelancong tempatan yang membeli-belah di sini. Abam Kie dan Kak Ton borong semahu-mahunya untuk dimakan sendiri dan diberikan kepada kaum keluarga.

Lebuhraya Pantai Timur 2
Lebuhraya Pantai Timur 2

Seperti juga masa datang ke Dungun, kami mengambil LPT2 supaya lekas sampai. Dari Dungun kami masuk ke LPT2 sejauh 100km dan keluar di Kampung Gemuruh. Bayaran tol cuma RM10.50. Memang boleh pecut di sini sebab kenderaan pun sikit. Bila masuk ke jalan biasa terpaksa la bawak 60-80km sejam je. Perjalanan pulang mengambil masa 3 jam je termasuk 1 jam di LPT2. 

Jadi tamat sudah percutian abam kie pada tahun 2016 ni. In Shaa Allah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, kami sekeluarga akan bercuti ke negeri lain pula pada tahun hadapan. Aamiin.

8 Comments

  1. Keropok Sura merupakan tempat persinggahan kakak setiap kali ke Terengganu tau cikgu. Kakak juga pernah menyewa homestay di pantai sura itu. Sekarang mesti ombak tengah membadai kuat sebab dah bulan December kan..

    ReplyDelete
  2. Bila tengok dan baca perkongsian rakan-rakan blogger...di tambah dengan perkongsian gambar yang menarik..subhanAllah...berkobar-kobar rasa hati nak pergi...inshaAllah..satu masa kelak.. :)

    ReplyDelete
  3. Betul. Sy setiap kali blk ganu mesti kejar masa dekat LPT2. Tp still beringt. Rindu plak kepok rebus ganu.

    ReplyDelete
  4. Man of the house..abam kie the great. Syabas abam kie..jd suami mithali.

    ReplyDelete
  5. Sebut terengganu je ingat keropok lekor n rebus, laparnyaaa...hahaha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.