Hari Raya Aidil Fitri sudah berlalu dan ramai perantau pulang ke kampung masing2 untuk beraya. Mereka kini sudah kembali ke ibu kota. Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung pada hari raya Aidil Adha nanti, sila ikuti 15 langkah berikut:
1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat boot, angkut iron board sekali. Berus & ubat gigi. Kalau beli tinggalkan bila kita blk rumah kita. Ibubapa mampu xpo mereka dah sediakan utk anak cucu blk.
2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri.

3. Jgn tidur homestay@hotel kecuali terdesak. Rumah kpg mgkin kurang selesa skit. Jgn merungut panas @ asyik berkipas mentang2 rmah kita berecon kerja dlm econ. Hayati kesusahan ibubapa besarkan kita dlu hingga kita blh berkerjaya bagus. Kita pun bkn besar dlm econ. Tok sah dok mengada2.

4. Bawa blk toto selimut & bantal pun blh. Extension cable. Bila ramai2 blk x cukup smua tu

5. Hadir solat raya dimasjid @ surau kampung kita. Salam dgn org2 kpg yg kita jumpa. Senyum angguk dr jauh pun ok jgk.

6. Jgn merokok dlm rumah. Hormat ipar duai yg x merokok.

7. Elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah  kena elak dlu. Kepimpinan melalui tauladan. Masa di kpg mak ayah adik beradik kita nk sembang dgn kita.

8. Jaga aurat,jgn bertuala @ tanpa baju bg yg lelaki.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' dari kita. Jangan sembang bab benda2 mahal @ melancong sana sini Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Siap duit raya pada mak ayah,adik2 yg masih belajar ikut kemampuan. Jika mak ayah tolak Alhamdulillah.Sikit atau banyak, kena bagi.  'Keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan terperap dalam bilik. Ringan-ringankan tulang bantu apa yg patut @ ziarahi sedara mara. Menantu perempuan jgn tarik muka keriput muncung panjang kena ingat syurga suami kita bawah tapak kaki ibunya syurga kita bawah tapak kaki suami. Melukai hati orgtua,anak menantu kita bakal melukai kita plk. Tu janji Allah.

12. Kalau ada lebihan rezeki, beli barang-barang dapur ibu skit. Blh ringankan beban org tua yg kurang mampu bila anak cucu sebuah bas blk.

13. Jangan mudah terasa tutur kata adik beradik ipar duai yg mulut "laser" Berlapang dada. Kita dah jd org tua.Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.

14. Beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Balik kampung bukan kerana budaya. Tp tempat kita dilahirkan, besarkan, sekolah dan kerana mak ayah tanggungjawab kita. Kalau mereka tiada, kubur dan memori bersama mereka ada di sana. Nikmati,hargai dan syukuri sebelum org tua pergi.

Sila tambah kalau ada tertinggal! Pandai2 lah bg giliran raya bg yg masih ada orgtua. Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum...