Assalamualaikum. Masuk je bulan Disember, diari dan buku perancangan tahunan mula memasuki kedai2 buku berdekatan. Semasa abam pergi ke SMO, Tanah Merah baru2 ini tergerak pula hati nak membeli diari Muslimin Sejati 2016. In Shaa Allah, selepas membeli diari ini abam kie berjaya ditauliahkan sebagai muslimin sejati gitu, Doa2kanlah ye?  Harga diari ini cuma RM10.90. Memang harga mampu milik la. 


Apa yang membuatkan abam kie tertarik nak memiliki diari ini adalah kerana isi kandungannya berbentuk artikel keagamaan yang berguna. Sudah pasti ia dapat menambahkan pengetahuan agama abam kie dan mendidik hati ini untuk berubah ke arah kebaikan. Sejujurnya abam kie jarang mencatit aktiviti harian di dalam diari ini lantaran kesibukan tugas dan urusan keluarga serta peribadi. Tak la macam zaman remaja dulu. Pernah gak abe kie menyimpan diari untuk mencatit peristiwa penting di dalam hidup ketika itu. 

Kesimpulannya diari muslimin sejati ini harus dimiliki oleh semua lelaki Islam yang ingin berubah ke arah kebaikan. Wallahualam...