Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yang dihormati? Hari ini abam kie nak kongsi tip cara minum air zam zam yang betul. Selama ni ramai yg kalau minum air zam zam, diaorang main minum je.. Baca BasmaLLaH pastu gogop.. telan.. Nak minum air zam zam ni ada caranya..

1] Tuang dalam gelas/cawan
2] BERDIRI mengadap Kiblat
3] Baca BasmaLLaH dan Al-Fatihah
4] Baca Selawat Nabi 3x
5] Pegang gelas dengan tangan kanan dan letakkan tangan kiri bahagian atas tangan di bawah gelas
6] Minum dan niat dalam hati dengan berkat air zam zam ni untuk jadi penawar (minum dalam keadaan tangan kiri masih di bawah gelas)
Air zam zam je yg kita kena minum sambil berdiri.. Kalau minum air biasa, kita kena duduk.. Tapi kalau nak bagi orang sakit yang terbaring tak mampu nak berdiri, takpe.. Boleh suapkan dgn sudu.. Ni cara yg Ustaz ajar.. Semoga tip ini bermanfaat kepada semua.

Terima kasih..