Abam sudah ada beberapa akaun simpanan namun minggu lepas teringin pulak nak membuka akaun simpanan asas Islamik di CIMB. Akaun Simpanan Asas-i ialah akaun simpanan yang membolehkan kita menikmati perkhidmatan perbankan pada kadar paling minima.

Pada hari berkenaan abam ke cawangan CIMB berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan. Selepas hampir 10 minit menunggu, abam dilayan dengan mesra oleh staff CIMB yang peramah. Amoi ini menjelaskan dengan teliti tentang ciri-ciri akaun simpanan asas-i ini. Antara ciri akaun berkenaan ialah:

1. Akaun simpanan tanpa buku. Tapi abam diberikan sekeping kad yang tercetak dengan nama dan no akaun. 
2. Mendapat kemudahan kad debit Mastercard yang boleh digunakan untuk membeli-belah di Malaysia sahaja.
3. Terdapat dua jenis akaun simpanan asas-i iaitu tanpa yuran tahunan (yang abam pilih) atau dengan yuran RM8 setahun.
4. Deposit wang selamat di bawah konsep Wadiah Yad Dhamanah.
5. Boleh membuat perbankan internet CIMB Clicks seperti membayar bil, membeli topup, memindahkan wang dan sebagainya.
6. Akaun simpanan ini layak untuk mendapat perlindungan PIDM.

Kelayakan untuk membuka akaun simpanan asas-i CIMB ialah

1. Rakyat Malaysia termasuk juga pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Akaun bersama dibenarkan.
3. Deposit permulaan cuma RM20 dan perlu dikekalkan di dalam akaun tersebut.
4. Bawa MyKad.

Abam memilih Akaun Simpanan Asas-i tanpa yuran tahunan di mana ia membenarkan transaksi percuma di kaunter sehingga 6 kali sebulan dan pengeluaran wang di ATM sehingga 8 kali sebulan. Jika di Maybank cuma bagi setakat 4 kali je di ATM. Itu pasal abam suka akaun simpanan CIMB ini.

Baiklah, jika kawan2 teringin nak membuka akaun simpanan asas-i CIMB ini silalah ke cawangan berhampiran atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan CIMB di 1 300 880 900 atau 03 2295 6100.