Assalamualaikum. Kumpulan Karangkraf terkenal sebagai salah satu syarikat penerbitan yang aktif dalam menerbitkan majalah dan buku serta akhbar Sinar Harian. Abam Kie memang meminati majalah2 keluaran Karangkraf seperti Majalah PC dan Maskulin. Dulu2 abam ada melanggan majalah PC kerana harganya yang lebih murah berbanding jika dibeli di kedai. Selain daripada iru majalah akan sampai terus ke peti surat rumah abam. Tapi selepas Pos Malaysia menaikkan kos pos, harga langganan menjadi sama dengan harga di kedai. Pada masa ini abam masih lagi bersabar. Tapi tidak berapa lama kemudian harga langganan menjadi lebih mahal daripada harga di kedai maka abam tidak boleh bersabar lagi lalu dengan segera menamatkan langganan majalah PC setelah kontrak langganan tamat. 

Namun pada bulan lepas abam dapati Karangkraf memberikan diskaun 28% untuk pembaharuan langganan jadi abam kie terbuka hati untuk menyambung kontrak langganan. Harga Majalah PC ialah RM5.30 di kedai bersamaan RM63.60 setahun manakala harga langganan setahun cuma RM57.80 bersamaan RM4.81 senaskah. Jadi apa lagi? Abam mengisikan borang langganan, membuat bayaran di Maybank2U dan mengeposkannya keesokan harinya.

Jadi abam cuma perlu menunggu pengesahan penerimaan langganan dari Karangkraf. Selepas itu naskah pertama majalah PC akan tiba dalam masa dua bulan selepas tarikh penerimaan. In Sha Allah. 

5 Comments

  1. langgan dan dapat ilmu....Sal pun suka langgan gak...byk info menarik yang dikongsikan..

    ReplyDelete
  2. terbitan karangkraf ni bermutu xrugi melanggannya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Abe Kie....lamo doh tak langge majalah...duk baca online jer..

    ReplyDelete
  4. Teringat dulu2 zumal selalu beli majalah PC dan beberapa majalah keluaran Karang Kraf, terbukti memang terbaik...

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu beli majalah PC tapi kadang-kadang info diorang kurang menyengar dan terlalu formal..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.