Perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur masih mengalami gangguan perkhidmatan akibat daripada banjir besar yang melanda kawasan Pantai Timur.
Semua perkhidmatan tren di Pantai Timur terpaksa DIBATALKAN ekoran daripada banjir yang menyebabkan landasan keretapi dan kemudahan berkaitan ditenggelami air. Sebahagian infrastruktur asas seperti landasan, jambatan, platform dan setesen kereta api diantara Gua Musang ke Tumpat telah mengalami kerosakkan dan ianya dijangka mengambil masa yang agak lama untuk pulih.
Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan.
KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan KTMB di 1-300-88KTMB(5862) atau 03-22671200.

Gembiranya hati abe kie bila perkhidmatan keretapi diberhentikan sekejap. Bukannya apa... laluan keretapi selalu aje mengakibatkan traffic jam di bandar Tanah Merah ni. Bila keretapi nak lalu maka lintasan keretapi terpaksa ditutup kepada kenderaan lain. Paling cepat pun 5 minit baru dibuka kembali. Keretapi ni pun satu. Masa waktu puncak la ia nak lalu. Ini mengakibatkan kesesakan jalanraya yang ketara. Hmm...bila keretapi tidak melalui bandar Tanah Merah ini maka perjalanan kenderaan lain tidak terganggu oleh keretapi melintas lagi...Tenang dan nyaman... 

3 Comments

  1. Di sebalik kesedihan pengguna setia perkhidmatan keretapi yang dibatalkan, ada pula insan yang berasa gembira dan nyaman :)

    ReplyDelete
  2. Besar kesan banjir hari tu. Sabar je la kan Abe Kie.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.