Assalamualaikum. Entri ini menceritakan kebaikan melakukan seks bagi pasangan suami-isteri. Kepada yg belum kahwin jangan sekali-kali melakukan seks di luar nikah, ok?

- Sekali Seminggu Untuk Tidur Sempurna-
Menurut Ahli Antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, seks membuatkan otak anda merembes oxytocin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur anda. Selain itu, lebih tidur bermaksud kurangnya rasa lapar sekali gus membantu anda mengurangkan berat badan.

- Dua Kali Seminggu Untuk Kesihatan-
Pasangan yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit. Kajian turut menunjukkan mood yang terhasil selepas hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk anda kekal sihat.

- Tiga Kali Seminggu Untuk Jantung-
Menurut kajian dari Universiti Bristol, seks tiga kali seminggu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana seks membantu kadar denyutan jantung sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.

- Empat Kali Seminggu Untuk Awet Muda-
Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh telah menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukan hubungan seks. Ini adalah kerana, seks menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu memberikan kulit yang cantik.

- Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi Kerja-
Seks yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti sekali gus membuatkan anda lebih positif dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.

- Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih Pandai-
Seks menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan itu sahaja, menurut kajian, seks sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yacng baru.

- Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan Stress-
Seks setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor di California, seks yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.

- Tujuh Kali Sehari
Sama ada anda gila atau isteri anda merupakan seekor badak sumbu. Hahahahaha

22 Comments

  1. haha...yang last tu best..memang gila kalau tujuh kali seminggu..:)

    ReplyDelete
  2. haha no komen untuk yang last skali jugak

    ReplyDelete
  3. aiyak..timm dibwah umoq..haha!

    ReplyDelete
  4. Salam..singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #5 by mialiana.. salam jumaat, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  5. Alamak silap singgah entry nie... Zumal bujang lagi ;)

    ReplyDelete
  6. singgah sini...done follow...#582

    ReplyDelete
  7. 7 kali seminggu tapi berapa kali setiap kali? 7x7? Hehe

    ReplyDelete
  8. 7 kali seminggu pon dah rasa berat..:p

    ReplyDelete
  9. 7xSehari! Saya suka bila Abe Kie kaitkan dengan Badak Sumbu. Kalau Panda, mcmana yer Abe Kie...

    ReplyDelete
  10. aduiii.. yang last tu yang lawak tu... hehehe

    #terima kasih sudi join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

    ReplyDelete
  11. haha,..7 kali sehari..x buat kerja apa la jawabnya..asyik mengadap tu je....

    ReplyDelete
  12. kalau 7 kali seminggu mungkin sesuai kepada pasangan yang berpoligami..tak hairan mereka semakin muda dan sihat walfiat kesan kekerapan melakukan hubungan seks!
    terbaik perkongsian info ini tuan!

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  13. 7x sehari??Memang lawak...

    ReplyDelete
  14. huh... 7x seminggu tu mmg masalah jadinya hahaa.. :D

    ReplyDelete
  15. huh... 7x seminggu tu mmg masalah jadinya hahaa.. :D

    ReplyDelete
  16. Haha....badak sumbu pun tak gitu kot!

    ReplyDelete
  17. Haha....badak sumbu pun tak gitu kot!

    ReplyDelete
  18. 7kali sehari, bdk sumbu pn blh KO

    ReplyDelete
  19. kalo badak 7 menit sekali bro...he he he
    http://grosirsapucantik.blogspot.com/2013/04/catatan-kecil-seorang-hamba-aku.html

    ReplyDelete
  20. Ini untuk orang yang dah kahwin.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.