Assalamualaikum,

SPM akan bermula pada 3 November 2014 nanti. Sekarang para pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahun yang baru bermula hari ini. Tak lama lagi kami guru-guru pula yang perlu bertungkus-lumus memeriksa skrip jawapan murid-murid.

Demi memastikan sekolah abe kie mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik di PPD bagi SPM, pengetua telah merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-guru dan murid-murid. Antara program yang dijalankan ialah kem teknik menjawab soalan, seminar subjek kritikal, pertukaran pelajar dengan SBP, kelas tambahan petang, malam dan hujung minggu dan perjumpaan dengan ibubapa calon SPM.

Jadual harian calon SPM sekolah abe kie memang padat. Kelas biasa akan bermula pada jam 7.40 pagi sehingga 2.00 petang bagi murid-murid kelas kemanusiaan. Manakala murid-murid kelas sains kelas mereka tamat setengah jam kemudian. Selepas itu mereka akan mengikuti kelas tambahan petang selama 1 jam. Biasanya sebelum 4.00 petang mereka sudah mengosongkan kelas masing-masing. 

Pada jam 8.30 malam kebanyakan dari mereka akan datang ke sekolah untuk mengikuti kelas semalam sehingga jam 10.30 malam. Pengisian kelas malam lebih santai dimana murid-murid membuat latihan dan kemudiannya perbincangan diadakan dengan guru. 

Setelah selesai kelas malam, murid-murid akan pulang ke rumah masing-masing untuk menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru. Kadang2 mereka menghabiskan masa dengan membuat ulangkaji topik yang telah dipelajari pada paginya.

Pada hari Jumaat dan Sabtu juga mereka terpaksa datang ke sekolah untuk kelas tambahan yang dianjurkan secara tidak rasmi oleh guru-guru lain.

Melihatkan kepada jadual harian padat calon2 SPM di sekolah, abe kie merasa kasihan kepada mereka kerana mereka kekurangan waktu rehat. Tambahan pula sekolah abe kie tiada asrama, jadi mereka banyak membazirkan masa di atas jalanraya. Semoga mereka dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini demi kejayaan SPM 2014 nanti. In Sha Allah.

29 Comments

  1. All the best Abe Kie... Moga pelajar dan guru berjaya dengan cemerlang!

    ReplyDelete
  2. Tahun ni last SPM ke Abe Kie mcm yang SA dengar UPSR last this year...

    ReplyDelete
  3. Insyallah .. all the best.. MOga berjaya :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html

    ReplyDelete
  4. Kejayaan seorang guru itu adalah bila murid-muridnya 'lebih berjaya' dari dirinya. Moga Abe Kie dan anak-anak muridnya terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

    ReplyDelete
  5. guru yg komited. pekerjaan yang penuh dengan barakah abe kie...

    ReplyDelete
  6. all d bez buat calon spm thn ni, moga dpt result cemerlang
    pastinya sbg seorg guru, segala yg terbaik dicurahkan buat anak murid, oh ya 16 mei bakal menjelang, selamat hari guru cikgu...

    tips nuffnang, berikut linknya:

    http://umikasum.blogspot.com/2014/03/cara-buat-duit-dengan-nuffnang.html

    http://umikasum.blogspot.com/2013/09/tips-tingkatkan-earning-cpuv-nuffnang.html

    ReplyDelete
  7. hhmm...rindu zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
  8. bukan sennag jadi guru..jasa guru patut dibalas anak murid

    ReplyDelete
  9. Semoga segala prsediaan berjalan lancar demi kejayaan pelajar2 seluruhnya... aamiin..

    ReplyDelete
  10. Gudluck abe kie..ayie dtg jln2 cni,hehe rindunya zaman jadi pendidik dulu...

    ReplyDelete
  11. Aduh.. Kenapa Vee rasa jadual dorang terlalu padat? Mcm menekankan pun ada. Ive been there, and seriously penat. Huhu. Salute kpd yg bertahan..

    ReplyDelete
  12. kdg2 kelas tambahan boleh jgk bantu..

    ReplyDelete
  13. selamat hari guru cikgu!!!
    takpe , bersusah dahulu ye dak ? :) moga dipermudahkan urusan.. kesian dak2 spm

    ReplyDelete
  14. hye..Syira dtg dr segmen Nak Url Blog oleh Mia Liana :)
    jom singgah rumah pink Syira ^_^ insyaAllah tak rugi ..hehe

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya semua ...

    saya singgah dari segmen mialian ..done follow

    http://mamamursyid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. datang blogwalking sini daripada blog Mialiana.com. Salam perkenalan. =)

    ReplyDelete
  17. All the best!

    Singgah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
  18. Singgah petang sempena cuti wesak..salam mesra dari Cikgu Norazimah

    ReplyDelete
  19. Simpati kepada guru-guru dan para pelajarnya. Kedua-dua pihak bertungkus-lumus.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, Abe Kie. Blogwalking dari segmen Mia Liana. Jemput ziarah ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    Kadang-kadang tu kesian juga kepada pelajar-pelajar kan. Tapi apa boleh buat, itulah pengorbanan yang harus dilakukan demi sebuah kejayaan. Tahniah juga kepada guru-guru.

    ReplyDelete
  21. Salam ziarah dari blog kak mia... ^_^

    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Singgah & F0LloW sini dari segmen Senarai URL Blog #4 by Kak Mia ;) S@l@M KEN@L ^_^ http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. demi kejayaan..kenala berkoban ye cikgu..pling kesian byak watu dibazirkan di jalan..erm...

    ReplyDelete
  24. semoga semua calon2 SPM abe kie mnedpat keputusan yg cemerlang.

    ReplyDelete
  25. kesian mereka... padat sungguh jadual...tp tak pe... untuk masa dpn mereka juga... ^__^

    ReplyDelete
  26. Moga usaha para guru dan pelajar membuahkan hasil yang baik... Selamat hari guru Abe Kie :))

    ReplyDelete
  27. kesian kat mereka.. good luck buat calon2 spm tahun ini..

    ReplyDelete
  28. wah padat sungguh jadual tu
    mampu ke mereka catch up

    apapun selamat hari guru ye cikgu =)

    ReplyDelete
  29. wah padat sungguh jadual tu
    mampu ke mereka catch up

    apapun selamat hari guru ye cikgu =)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.