Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...

19 Comments

  1. Assalamualaikum ,,
    tul jgk abe kie...nmpk remeh..tp dalam xsedar bnda yg terlalu sinonim..selalu dgn kita..bnda tu lah yg melalaikan..jd rasanya terpulang pada kita..biar reti bila mana perlu..

    ReplyDelete
  2. la ni, kena silentkan notification untuk whatsapp..
    kalau tak, gatal je tangan nak capai hp kalau berbunyi..

    ReplyDelete
  3. telefon itu hanya satu kemudahan. jgn dilalaikan sgt dengan fb dan sebagainya. susah sangat, berhenti langgan data plan. hehehe

    ReplyDelete
  4. Masih guna hp lama...hanya boleh call dan sms jer, selamat dari terlalai...hehe

    ReplyDelete
  5. betul cikgu, saya perasan zaman sekarang
    ramai yang gitu
    mujur hp saya tak begiru canggih
    tapi saya juga masih cuba memperbaiki diri

    ReplyDelete
  6. Betul tu... ada je masa asyik nak kena belek hp... kadang2 sangat berguna... tapi banyaknya, melalaikan.

    ReplyDelete
  7. betul sangat.sayapun risau dengan anak-anak sekarang.makan,tidur,tandas,semua nak berkepit dengan handphone.Kalau time solat tu kes tertentu sahaja kot...tapi bila anak-anak ada penyakit begini,ketika itulah peranan ibu bapa menjadi sangat penting.alhamdulillah...dengan sekali dua teguran keras,anak-anak kita akan faham.apa yang pasti,
    teguran yang sambil lewa atau hanya menggeleng dan memandang,tidak akan merubah apa-apa.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. saya tak dak semartpon ni tak tahu rasa macamana addict semartpon ni... tp kalau ada saya rasa mesti ralit dok amik gambar jer... tengok kwn2 yg guna semartpon ni yang buat ralit tu... whasapp tu, or wechat..kakaktoa ker apa dah tu... sebab memberw group dok update mesej x kira masa kan?... berpada-pada lah kalau nak hupdates apa-apa pun... tengok lah masa yang sesuai... tengah dengar khutbah jumaat pon ada nampak org sengih-sengih belek semartpon... heran betul...

    ReplyDelete
  9. Saya cadangkan beli basic handphone saja :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas peringatan ni.. in shaa ALLAH dari semasa try cuba utk kurangkan main hp..

    ReplyDelete
  11. Peringatan yang baik AK..kita sendiri pun kadang kala lalai. Addicted to the phone...

    ReplyDelete
  12. Teknologi tak salah.. tp manusia ni yg menyalah selalunya... perkongsian & peringatan yg baik Abe Kie.. :)

    ReplyDelete
  13. Urmm... fenomena yang sering kita lihat sekarang ini.
    *Muhasabah diri sendiri*

    ReplyDelete
  14. terima kasih cikgu atas perigatan.. gadget2 nie kalau disalah guna mmg buruk padahnya...

    ReplyDelete
  15. nice share.. smoga dapat menjadi peringatan buat kita bersama.

    ReplyDelete
  16. nak guna bukan tak boleh...tapi berpada-pada...

    ReplyDelete
  17. Still feature phone the best. Hehe!

    ReplyDelete
  18. aku takut pada hari dimana teknologi akn melampaui interaksi manusia. dunia akan memiliki generasi yg idiot.

    *hari yg dikhuatiri Albert telah tiba.. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.