Salam kepada semua pembaca blog Abe Kie, khasnya kaum wanita. Pada kali ini Abe Kie ingin berkongsi entri panas untuk mendapatkan komen-komen bernas dari kaum Hawa sekalian.  Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu  outstation bersama dan juga kekasih lama. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awaslah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami anda. Jadi sekarang, apakah tanda-tanda suami puan-puan sudah mula berlaku curang di belakang anda? Meh, Abe Kie nak bagi tahu. Baca dengan teliti, ok?

1. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

2. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

3. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

4. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan anda, mula komplen anda tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.

5. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan.

6. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa.

7. Kalau outstation puan nak ikut, dia beriya-iya pujuk puan tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriendnya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia, fireflyz dan malindo air!

8. Memberi perhatian lebih pada puan…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert puan punya syak wasangka.

9. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis!

10. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan puan yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila puan tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

11.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak.

12. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah mentua kat kampung. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya.

Baiklah kawan2 bloggerku sekalian. Abe Kie bukan nak belot kepada kaum sendiri dan suami di luar sana dengan mendedahkan rahsia ini. Tapi percayalah kepada Abe Kie 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami puan ni jenis solat tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul! Berhati2lah sebelum suami puan2 berkahwin lagi! Tak pasal2 dapat minum madu setiap hari. hehehehehhe...

21 Comments

  1. bocor sudah rahsia lelaki. hehehehe

    ReplyDelete
  2. yang baru kahwin kena ambil tahu ni...sebelum berjuraian air mata menangisi kecurangan suami...

    ReplyDelete
  3. Hahahaahhahaha... aduh, tak tahan nak gelak besar baca entri panas Abe Kie nih... Baru nak join segmen slim Mialiana... tak jadi lah kalu gitu... nanti kena curiga hahahahaha... adoi...
    ps: Selagi tak buat apa-apa belum kira curang kut whoahahaahahaahahaahah...

    ReplyDelete
  4. baguslah tips ni...singgah sini..:)

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah.. tak mau curang2.. kesian kt anak2 & isteri.. :)

    ReplyDelete
  6. bukan sesekali check telefon si dia, hari2, gimana tu?

    ReplyDelete
  7. jaga-jaga,
    ada yg memerhati..
    heheh

    ReplyDelete
  8. wanita2 atau gadis2 yang bekas kekasih kepada mana2 suami...AWAS! jangan nak CUBA2...

    ReplyDelete
  9. nak tau kecurangan isteri pulak.

    ReplyDelete
  10. bestnyer tips ni ! wah ! siap encik suami, CN sudah tahu rahsia kamu...hehehe

    ReplyDelete
  11. entry ni rentetan dari kes hanez suraya ker?? hahahaa

    ReplyDelete
  12. Ada juga lelaki yang pandai makan pandai simpan, dah meninggal dunia baru tahu isteri bukan seorang, ada kes sehingga isteri-isteri berebut jenazah suami.

    ReplyDelete
  13. fuh!! macam tu rpnya... habislah...haha

    ReplyDelete
  14. banyak nye cara.. kalau ada tanda yg sama tak boleh juga tuduh melulukan... kene mulakan siasatan bila dah wujud tanda2 curang nie..

    ReplyDelete
  15. hehehe...semua tu betul Abe...dan naluri seorang isteri boleh merasa perubahan suami mereka...

    ReplyDelete
  16. N3 ni berdasarkan pengalaman ke Abg Kie,hehee......

    ReplyDelete
  17. Belajar dari pengalaman....

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.