Salam kepada semua kawan blogger yang dihormati dan diingati sekalian. Kali ini Abe Kie ingin berkongsi sedikit kisah benar yang mungkin akan sebabkan kawan-kawan mencetus kejayaan.

Ada kisah seorang ni.. dia selalu rasa duit dia x cukup so dia x nak bagi sedekah.. kalau hujng minggu jumaat dia bagi rm1 shj sbb bagi dia tu shj dia mampu. Makan gaji katanya.

Sehingga didatangi seorang hamba Allah.. berkata "kenapa kita xgandakan menjadi rm10 atau rm50 shj tiap kali ke masjid kemudia doakan semoga Allah cukupkan duit kita setiap minggu agar boleh derma sebanyak tu".

Tersentap beliau lalu terus mencuba pada jumaat yg terdekat.. balik surau dia rasa lapang sgt dada... sedar xsedar hampir 4 minggu dia beri rm10 kepada surau dan pelik kenapa duit dia masih banyak... rupanya bulan tu xda pun masalah tayar kereta beliau pecah, xdak pula tombol pintu patah atau xda pulak bil air/letrik melampau2. Dan terasa minyak kereta lambat pulak habisnya. Allahuakhbar. ..

Secara tiba2 gaji yg sebelum ini sikit terasa sgt banyak.. kuasa Allah..kuasa Allah.

ITU MAKAN GAJI.. MUNGKIN AKAN NAIK GAJI.. CUBA BAYANGKAN KALAU ANDA BERNIAGA.. BUAT PULA SEDEKAH MACAM TU.. BERAPA ALLAH NAK GANDA KAN AGAKNYA..

Sekadar peringatan bersama....... sekian, terima kasih duhai sahabat2ku.

19 Comments

  1. Terima kasih share... kadang-kala kita tak terfikir benda-benda gini...nampak kecik tp besar pulangannya ^^

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Salah satu cara nak murah rezeki adalah dgn bersedekah.

    ReplyDelete
  3. tapi kan cikgu, bukan semua berkemampuan
    sedekah juga bukan satu paksaan
    tapi bila kita mengamalkannya
    besar sangat ganjarannya

    bersedekahlah ikut kemampuan, pasti ada ganjaran menanti

    ReplyDelete
  4. Entri yang menarik. Bagi saya semua orang berkemampuan untuk bersedekah, jika tidak dengan harta, maka bersedekahlah melalui tenaga, hatta senyum juga dikira sebagai sedekah.

    Dari Abu Hurairah dan ‘Abdullah bin Hubsyi Al-Khots’ami, bahawa Nabi s.a.w. pernah ditanya sedekah yang mana paling utama. Jawab baginda s.a.w., جَهْدُ الْمُقِلِّ
    “Sedekah daripada orang yang serba kekurangan.” (HR. An Nasai no. 2526. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).

    Fadhilat sedekah tidak dapat difikirkan secara logik matematik iaitu contohnya, setelah disedekahkan 50 dari jumlah keseluruhan 70 maka yang tinggal ialah 20 (semakin kurang), sebaliknya Allah melipatgandakan rezeki orang yang bersedekah. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. Ya benar sangat-sangat...
    Nabi jugak pernah tanya sahabat kalau nak tahu apakah perniagaan yang paling untung berlipat kali ganda untung, iaitu menyedekahkah sebahagian dari harta ke jalan Allah.. Bab rezeki ni memang suatu yang misteri... tak capai dek akal nak kupas... mana tak nya, semua hak Dia... :D
    Harap, pakat-pakat amik iktibar dgn serius, baru ekonomi org Islam boleh maju ke depan...

    ReplyDelete
  6. Ya...Itulah hikmah dan nikmat bersedekah. Semakin besar nilainya, semakin banyak gandaaan rezeki yg kita dapat. Yang penting yakin dan ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
  7. memang.. Allah akan luaskan rezeki kita.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk disedekahkan kepada yang memerlukan terutama di tabung masjid.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Abe Kie.. sedekah tu besar pahala & khafiatnya utk kita. T kasih atas perkongsian peringatan ini ye.. salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  11. Setuju... jangan rasa ragu2... Pasti Allah akan balas segala niat baik kita...

    ReplyDelete
  12. betol tu.. sedekah boleh menambahkan rezeki..

    ReplyDelete
  13. HT sangat setuju.. Money must go first.

    ReplyDelete
  14. The more we give, the more we get back...

    ReplyDelete
  15. rezeki Allah.. alhamdullillah.. bersedekah dengan ikhlas In Syaa Allah, rezeki akan bertambah tanpa diduga..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...

    Sebaik-baik sedekah adalah "benda" yang kita sendiri masih nak guna dan perlukan. Soal ikhlas atau tidak itu adalah penilaian dari allah SWT. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang tersembunyi di dalam qalbu hambaNya.

    Ada orang nampak gayanya memang baik sebab bersedekah tetapi barang atau makanan yang hendak disedekahkannya ialah barangan yang dah nak dibuang yang tidak diperlukan lagi. Ini adalah suatu penghinaan kepada orang yang dipelawa menerimanya.

    Contoh kejadian seperti yang diberitahu kepada saya oleh pengawal keselamatan bangunan tempat saya berniaga... Taukey restoran datang kepadanya membawa sebekas kuih dengan berkata "nak tak kuih ni, kalau tak nak saya nak buang....".

    ReplyDelete
  17. sama mcm cerita encik suami tentang derma RM10 ni, mmg betul, insyaAllah, kalau semasa menderma hati kita ikhlas , akan ada balasan yang baik ;)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.