Salam. Mulai tahun 2014 kami guru-guru disekat dari mengakses laman sosial Facebook oleh pelayan Bestarinet dengan alasan mahu kami, murid-murid dan ibu bapa menggunakan  VFrog. Pada tahun lepas semasa sekolah menggunakan pelayan Schoolnet memang la tak ada sekatan kecuali ke halaman lucah sahaja. Kini halaman muatturun filem terkini pun sudah tidak boleh diakses. Mujurlah youtube masih boleh digunakan.

Tetapi kami guru-guru lebih selesa berhubung sesama kami menggunakan program Whatsapp. Sangat mudah untuk berkongsi foto, video dan maklumat semasa. Jika perlu berkongsi fail, kami gunakan Telegram. Lagipun kami tidak sempat nak hadap FB kerana bebanan tugas yg bertimbun di sekolah. Kadang-kadang terfikir lebih baik jadi cikgu semasa tahun 80an dan sebelumnya kerana tidak terbeban dengan tugasan perkeranian seperti SPBS dan yang sewaktu dengannya.

Akhir kata, kalau guru-guru nak main FB kena guna line sendiri la atau online je di rumah. Yang penting laman blogger tak akan disekat, ok?