Memang tidak dinafikan amalan menabung patutu dimulakan sejak dari kanak-kanak lagi. Seingat saya, semasa berada di darjah 3 pada tahun 1982, sepasukan kerani Bank Simpanan Nasional datang ke sekolah saya untuk membuka akaun kami murid-murid SK Pangkal Meleret, Machang, Kelantan. Kadar minima deposit pada waktu itu cuma RM1. Buku akaun pula berwarna biru. Urusan penyimpanan dan pengeluaran boleh juga dilakukan di pejabat pos. Pada masa itu saya menyimpan duit raya di dalam BSN.


Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah iaitu SM Sains Machang, Kelantan, pihak sekolah mewajibkan semua pelajar tingkatan satu membuka akaun Tabung Haji dengan bayaran minima RM2. Untung juga belajar di SBP ni sebab kebajikan kami dijaga. Kalau nak harapkan ibubapa buka akaun untuk kami mungkin lambatlah. Bila ada duit lebihan biasiswa kecil Petronas tu saya menyimpan di Tabung Haji. Pada masa itu (1986-1990) jumlah biasiswa saya mencecah RM687.00, satu jumlah yang banyak bagi seorang anak kampung seperti saya.


Apabila mendaftarkan diri di Universiti Malaya pada lewat Jun 1991, semua freshie Bumiputera dikehendaki membuka akaun ASB semasa Minggu Haluansiswa. Pelaburan minima cuma RM10. Saya memasuki kursus Pra Inggeris di Pusat Asasi Sains selama 2 tahun. Selepas itu saya diterima masuk ke Fakulti Pendidikan untuk mengikuti kursus TESL. 

Sesungguhnya pelaburan masa depan perlu dimulakan oleh ibubapa sedari awal bagi membiayai pendidikan anak-anak kelak. Jom kita menabung untuk anak-anak kita!

10 Comments

  1. buku bank bsn dengan kad bsn tu sungguh lah klasiknya... hihihi..

    ReplyDelete
  2. perkhhh hebat!

    maza dahulu kala simpan dalam tabung buluh aje.. ahaks

    ReplyDelete
  3. jom!.. mama pun baru nak mula menabung...

    ReplyDelete
  4. kita dulu rajin menabung ..tapi , bila nak pergi kedai , mesti korek tabung tu .. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Setuju, tabiat menabung ni kena mula dari awal. Sikit-sikit pun tak apa.

    ReplyDelete
  6. rara pon nt nk ajar anak menabung =)

    ReplyDelete
  7. Jom kita menabung...! Ayut dh bsar ni baru start blik...time blja tukang abis simpanan je dlu..hihi.mekaseh dtg blog...dh msuk dlm bloglist yer ;)

    ReplyDelete
  8. In Shaa Allah.. abak jnis boros tak pndai nk menbung...hahaha,tapi dlam prancangan tu mmg nak mnabung la.

    ReplyDelete
  9. Sesuatu yang menarik, bagi para pelajar zaman dulu. Pihak sekolah dan universiti mewajibkan pelajar membuka akaun simpanan untuk menggalakkan menabung. Mungkin zaman dulu, iklan di tv dan radio tidak sampai kpd semua rakyat Malaysia maka institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti memainkan peranan penting.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.