Sebagai renungan bersama, Abe Kie kongsikan kisah menarik untuk kita hayati. Sila baca dan komen.... terima kasih.

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.
       
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”        

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan  juga isterinya serta seterusnya.        

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya."
 
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.  
     
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
        
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.         
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.         

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”         
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
         
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
    
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
        
Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
  
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.  
      
Lalu lelaki itu menjawab:       
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.

Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”   
     
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda.. Renung2kan lah.

18 Comments

  1. nice story. perkongsian yang baik utk smua especially for men. :D

    ReplyDelete
  2. Amat menarik sekali kisah ini...dan memberi maksud yg mendalam sekali.

    ReplyDelete
  3. Touching!..Sayangi lah isteri anda..hehe

    ReplyDelete
  4. izinkan saya share di fb saya ye..

    ReplyDelete
  5. sweetnye.. nak try buat kat hubby Fiza jugak la cm nie...test2...

    ReplyDelete
  6. Tapi kebanyakan isteri tak sedar betapa suami mereka sayangkan mereka..... asyik tuduh bukan2 sampai last2 suami patah hati :(

    ReplyDelete
  7. Belum habis baca lagi dah berlenang lenang air mata Bunda...
    Betapa bertuahnya si ISTERI kepada si SUAMI tersebut... :)

    ReplyDelete
  8. ok! jom exchange! deal.. :)
    blog ini di bloglist new mama...

    ReplyDelete
  9. sangat2 indah dan menarik...

    ReplyDelete
  10. isteri bkn saja anugerah tp amanah yg perlu dijaga..

    ReplyDelete
  11. cerita yang mudah tapi memberi pengertian yang sangat bermakna. :)

    ReplyDelete
  12. Bunda pun nak share kat fb bunda dengan izin...

    ReplyDelete
  13. terharu membaca kisah ini.. betapa beruntung menjadi seorang isteri di sisi suami..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.