Abe Kie sudah menggunakan Celcom broadband sejak 2008. Pada mulanya servisnya amat memuaskan berbanding broadband yang lain. tetapi sejak akhir2 ini servis berukband Celcom memang mengecewakan. Bila nak bertenet asyik merah aje lampunya. Terus x leh sambung. Ada gak Abe Kie menghubungi Celcom minta mereka refresh penggunaan data tu. Dapatlah bermain kejap. Tapi esoknya merah balik. 

Akhirnya Abe Kie pergi ke Maxis Priority Dealer di Tanah Merah, Kelantan untuk mendaftar pakej Portable Modem Wifi (Portafi) pada 22 Jun lepas. Abe Kie ambil pakej RM68 sebulan dengan had penggunaan data 8GB. Sebelum daftar kena bayar yuran pengaktifan RM150 dimana RM50 tu akan dikreditkan kembali ke dalam akaun kita. Cuma RM100 tu kira harga modem portable wifi ini lah. Staff Maxis di situ buat demo cara nak sambung wifi. kaedah plug n play. Selepas staff tersebut key in data terus boleh guna. Senangnya! Wifi ini boleh menyokong 5 peranti serentak. 

Bila balik ke rumah terus Abe Kie cuba online. Netbook Acer yang baru tu tak ada masalah nak detect signal wifi tapi netbook yang lama tu x dapat detect. Tak apa...nanti Abe Kie minta tolong staff berkenaan atau kawan-kawan di sekolah.

Jadi kawan-kawan jom bertukar kepada Maxis Portafi! Segala maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Maxis. Sekian. terima kasih.