Umum sudah mengetahui akan percintaan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah yang sudah berakhir dek kerana N.D. Lala tidak merestui hubungan mereka. Agak menghairan juga mengapa setelah 3 tahun baru si bapa tersedar dari lamunan bahawa si lelaki tidak sepadan dengan anaknya kerana terlalu berani menyuarakan hasrat untuk memperisterikan anaknya di media massa. Si lelaki pula seperti tidak berani bersemuka dan memohon maaf kepada bakal bapa mertua diatas kekhilafannya itu. Si bapa pula begitu bertegas sedangkan perkara si lelaki mengaku si perempuan itu sebagai bakal isterinya sebagai perkara yang biasa saja bagi kebanyakan orang. Apakah si teruna tidak pernah meminta izin dari si bapa untuk membawa si gadis keluar dan menghadiri majlis terbuka selama ini? Kalau tak berani bersemuka apa salahnya membuat panggilan telefon atau SMS yang murah kosnya.

Sebenarnya apa yang Daddy nak sampaikan di sini ialah beberapa baris dari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Shila kini menggambarkan situasi sulit yang dialaminya. Contohnya: 

Biar pergimu tanpa relamu 
Namun hatiku tetap rasa 
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota 
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu 
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan 
(Lagu: Patah Seribu) 

Tak apalah Shila, kalau Sharnaaz pergi ramai lagi lelaki soleh yang boleh menggantikan tempatnya. Tengok berapa ramai Imam Muda di luar sana yang dapat membimbingmu. Bukankah wanita solehah untuk lelaki soleh kan? 

Manakala lagu ‘Memori Tercipta’ pula menggesa Shila agar bersangka baik kepada Sharnaaz dan menerima perpisahan ini dengan hati yang terbuka dan sikap positif kerana sudah adat bercinta pasti berlaku pertemuan dan perpisahan. Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan pasangan secocok supaya kita akan menghargai pasangan kita itu seadanya hingga ke hujung nyawa. 

Di sini jua memori tercipta 
Walau seketika terjalin kasih kita 
Mungkin di sini kita kan terpisah 
Kenangan bersama tiada ku lupa 

Yang terpahit jua termanis 
Semuanya bagiku terindah 
Kuingati buat selama-lamanya. 

Akhir kalam Daddy berharap jika mereka ada jodoh mungkin mereka akan bercinta lagi pada masa hadapan. mana tau tali itu boleh disambung kembali. Jika tidak maka Daddy berdoa agar mereka dipertemukan dengan jodoh yang sepadan dengan citarasa keluarga masing-masing. Kalau jodoh tak ke mana. Hanya kepada Allah kita memohon agar dipertemukan dengan insan yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. Ingat! Allah mendatangkan satu musibah kepada kita tapi Dia akan menggantikannya dengan dua kebaikan. Percayalah wahai kawan-kawanku sekalian…..