Umum sudah mengetahui akan percintaan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah yang sudah berakhir dek kerana N.D. Lala tidak merestui hubungan mereka. Agak menghairan juga mengapa setelah 3 tahun baru si bapa tersedar dari lamunan bahawa si lelaki tidak sepadan dengan anaknya kerana terlalu berani menyuarakan hasrat untuk memperisterikan anaknya di media massa. Si lelaki pula seperti tidak berani bersemuka dan memohon maaf kepada bakal bapa mertua diatas kekhilafannya itu. Si bapa pula begitu bertegas sedangkan perkara si lelaki mengaku si perempuan itu sebagai bakal isterinya sebagai perkara yang biasa saja bagi kebanyakan orang. Apakah si teruna tidak pernah meminta izin dari si bapa untuk membawa si gadis keluar dan menghadiri majlis terbuka selama ini? Kalau tak berani bersemuka apa salahnya membuat panggilan telefon atau SMS yang murah kosnya.

Sebenarnya apa yang Daddy nak sampaikan di sini ialah beberapa baris dari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Shila kini menggambarkan situasi sulit yang dialaminya. Contohnya: 

Biar pergimu tanpa relamu 
Namun hatiku tetap rasa 
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota 
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu 
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan 
(Lagu: Patah Seribu) 

Tak apalah Shila, kalau Sharnaaz pergi ramai lagi lelaki soleh yang boleh menggantikan tempatnya. Tengok berapa ramai Imam Muda di luar sana yang dapat membimbingmu. Bukankah wanita solehah untuk lelaki soleh kan? 

Manakala lagu ‘Memori Tercipta’ pula menggesa Shila agar bersangka baik kepada Sharnaaz dan menerima perpisahan ini dengan hati yang terbuka dan sikap positif kerana sudah adat bercinta pasti berlaku pertemuan dan perpisahan. Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan pasangan secocok supaya kita akan menghargai pasangan kita itu seadanya hingga ke hujung nyawa. 

Di sini jua memori tercipta 
Walau seketika terjalin kasih kita 
Mungkin di sini kita kan terpisah 
Kenangan bersama tiada ku lupa 

Yang terpahit jua termanis 
Semuanya bagiku terindah 
Kuingati buat selama-lamanya. 

Akhir kalam Daddy berharap jika mereka ada jodoh mungkin mereka akan bercinta lagi pada masa hadapan. mana tau tali itu boleh disambung kembali. Jika tidak maka Daddy berdoa agar mereka dipertemukan dengan jodoh yang sepadan dengan citarasa keluarga masing-masing. Kalau jodoh tak ke mana. Hanya kepada Allah kita memohon agar dipertemukan dengan insan yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. Ingat! Allah mendatangkan satu musibah kepada kita tapi Dia akan menggantikannya dengan dua kebaikan. Percayalah wahai kawan-kawanku sekalian…..

26 Comments

  1. betullaa.. kena dengan kisah dia kan daddy

    ReplyDelete
  2. rupanya tak direstui..kenapa agaknya apa kekurangan teruna ni..
    Apapun ND lala nak yang terbaik untuk anaknya..etuza faham

    ReplyDelete
  3. suka baca entry daddy ni...

    mungkin ada insan yang lebih baik untuk diri mereka masing2...

    *mungkin untuk sementara waktu ni, lagu2 yang di-compose oleh Shila Amzah, liriknya akan jadi lebih kepada gambaran perasaan sendiri...

    ReplyDelete
  4. Salam DZ,
    Kisah ini memberi pengajaran buat pemuda yg bercinta... Kenali dan ambil hati serta restu ibu bapa calon pilihan anda agar senang di kemudian hari...

    ReplyDelete
  5. Barangkali jodoh Shila pada pada maza kot.. ahaks..

    psst: ada chance ni.. ahak ahak ahak..

    ReplyDelete
  6. Lirik tu berkali-kali dinyanyikan dan menimpa diri sendiri. Alangkah sedihnya..

    ReplyDelete
  7. Cik Syida: Betul tu..terkena ke atas dirinya sendiri..

    ReplyDelete
  8. umi alya: suratan atau kebetulan?

    ReplyDelete
  9. Etuza: mungkin sharnaaz ni panas baran sikit..dia x nak anak dia jd punching bag nanti...

    ReplyDelete
  10. Farah: tq sbb suka entri daddy kali ini..memanglah sedih putus cinta tp pahit akan manis akhirnya kan?

    ReplyDelete
  11. Bin Muhammad: betul tu..pikat hati mak bapak dulu sebelum menyintai anak gadis mrka kan?

    ReplyDelete
  12. deno: rasanya shila seorang gadis yg kuat semangatnya...

    ReplyDelete
  13. maza: kalau jodoh maza dgn dia maka famous la maza...kuar foto dlm tv n paper! ahakss!

    ReplyDelete
  14. Izzat: memang sedih lagi memilukan. waaa!!!!nak nagis la!

    ReplyDelete
  15. Daddy...kita mcm berpakat buat sama entri....kikikikkkk

    ReplyDelete
  16. Ada hikmah utk setiap perpisahan. Jika dah takdir tiada jodoh, jangan dipaksa.

    Pada pendapat saya, mungkin selama ini ND Lala memberi peluang, mengawasi dan tidak mahu melarang. Tetapi jika keadaan sudah tidak boleh dikawal dia berhak untuk membuat keputusan bagi pihak anak perempuannya. Saya sokong tindakan ND Lala.

    Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...

    ReplyDelete
  17. hanif: mungkin sbb ada sixth sense tu kot?

    ReplyDelete
  18. azieazah: ya..kalau dah bukan jodoh kita, bercinta 10 thn pun x akan berakhir di jenjang pelamin. bagi sy sendiri pun kalau nak cari menantu utk anak2 perempuan sy tu bairlah yg beriman n berbudi bahasa..barulah lega sy nak melepaskan mrka..

    ReplyDelete
  19. lelaki yg baik untuk wanita yg baik...beghitu juga sebaliknyer..wallahualam...

    ReplyDelete
  20. Kebetulan pulak kan DZ :-)
    Jodoh itu di tangan Tuhan...
    Mana tahu, jodoh mereka kuat kan DZ...

    ReplyDelete
  21. BUNDA: Saya setuju dgn kenyataan bunda itu...shila akn dpt yg lebih baik lg..

    ReplyDelete
  22. @Wilma: kalau nak teruskan percintaan tu sharnaaz kena byk berubah la..

    ReplyDelete
  23. @Shaiful: tp Allah yg menentukan..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.