Pada jam 8.44 malam, hari Sabtu 26 Jan lalu aku menerima SMS dari pingdom.com yang memaklumkan bahawa blog aku tidak dapat diakses. Sebelum ni okay aje. Blog aku boleh dibuka tanpa sebarang masalah. Lalu aku on9 dan cuba buka blog aku yang menggunakan domain dotmy iaitu www.juk.my. Memang sah! Ia x dapat diakses!

Terkejut besar aku sebab hujung minggu dan cuti am pulak servernya down. Terpaksalah sabar. Esoknya aku menghubungi asiahost.cc menerusi support ticket dan mereka balas dengan perenggan berikut:

"Greeting to All Our Customers,

We just moved our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migration, your Web should not have any problem and all problems you are facing right now is because our DNS ISP taking too long time to resolve the DNS. If you want faster DNS, you can change to Google DNS and here I attach a tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4"

Sebenarnya perenggan asal di atas ada sedikit kesalahan 'grammar' tetapi aku telah 'edit' untuk anda. Nampak benar x pro kan?

Lalu aku mengepos masalah ini di FB dan mujurlah insan berhati mulia iaitu Khairul Zamri sudi membantuku. Beginilah kenyataan Zamri di wallnya.
 
"Siapa tak bypass SKMM block xleh access blog dot my. baik punye company pakai server illegal. die leh bukak sbb die bypass...." — with Juk Din and 5 others.

Lalu aku tanya kat dia macam mana kalau aku nak akses blog tu. Zamri bagitahu boleh aje tapi cara ini hanya membolehkan mereka yang menukar kepada DNS Google yang boleh buka blog domain dotmy tu. Trick berkenaan ialah seperti berikut:

1. Mula2 right clik pada connection wifi anda.
2. Click Status.
3. Click Properties
4. Click Internet Protocol Version 4
5. Tick pada Use following DNS server address. (Jangan pilih automatic DNS)

    Preferred DNS server : 8.8.8.8
    Alternate DNS server : 8.8.4.4

    Clik OK, disconnect your internet connection. Connect back then you are done!

Terfikir pulak aku berapa kerat je blogger yang sanggup buat trick ini semata-mata nak tengok blog aku? Tak de guna aku buat blog cantik2 n entry yang bernas tapi x de orang nak baca dan komen kan?

Lalu pada jam 12.59 pm, Isnin 28 Januari 2013 aku telah mengambil keputusan drastik untuk menukar kembali domain aku kepada http://jukdin.blogspot.com bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal berbangkit pada masa hadapan. Biarlah menumpang di blogspot asalkan blog aku ni sentiasa UP sampai bila-bila. Jadi kepada kawan2 yang nak bercadang guna domain dotmy ni saya cadangkan agar anda lupakan hasrat hampeh anda itu. Kalau nak guna domain sendiri baik guna dotcom terus! Selamat dan gah di mata kawan2 blogger yang lain gitu! Hanis Zalikha si cantik manis pun terus setia dengan blogspot kan? Kalau nak guna domain sendiri memang dah lama dia boleh. X hilang pun serinya. Makin famous ada la.....

Pssttt..aku pun terpikat dengan dia...Heheheheheh