Pada jam 8.44 malam, hari Sabtu 26 Jan lalu aku menerima SMS dari pingdom.com yang memaklumkan bahawa blog aku tidak dapat diakses. Sebelum ni okay aje. Blog aku boleh dibuka tanpa sebarang masalah. Lalu aku on9 dan cuba buka blog aku yang menggunakan domain dotmy iaitu www.juk.my. Memang sah! Ia x dapat diakses!

Terkejut besar aku sebab hujung minggu dan cuti am pulak servernya down. Terpaksalah sabar. Esoknya aku menghubungi asiahost.cc menerusi support ticket dan mereka balas dengan perenggan berikut:

"Greeting to All Our Customers,

We just moved our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migration, your Web should not have any problem and all problems you are facing right now is because our DNS ISP taking too long time to resolve the DNS. If you want faster DNS, you can change to Google DNS and here I attach a tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4"

Sebenarnya perenggan asal di atas ada sedikit kesalahan 'grammar' tetapi aku telah 'edit' untuk anda. Nampak benar x pro kan?

Lalu aku mengepos masalah ini di FB dan mujurlah insan berhati mulia iaitu Khairul Zamri sudi membantuku. Beginilah kenyataan Zamri di wallnya.
 
"Siapa tak bypass SKMM block xleh access blog dot my. baik punye company pakai server illegal. die leh bukak sbb die bypass...." — with Juk Din and 5 others.

Lalu aku tanya kat dia macam mana kalau aku nak akses blog tu. Zamri bagitahu boleh aje tapi cara ini hanya membolehkan mereka yang menukar kepada DNS Google yang boleh buka blog domain dotmy tu. Trick berkenaan ialah seperti berikut:

1. Mula2 right clik pada connection wifi anda.
2. Click Status.
3. Click Properties
4. Click Internet Protocol Version 4
5. Tick pada Use following DNS server address. (Jangan pilih automatic DNS)

    Preferred DNS server : 8.8.8.8
    Alternate DNS server : 8.8.4.4

    Clik OK, disconnect your internet connection. Connect back then you are done!

Terfikir pulak aku berapa kerat je blogger yang sanggup buat trick ini semata-mata nak tengok blog aku? Tak de guna aku buat blog cantik2 n entry yang bernas tapi x de orang nak baca dan komen kan?

Lalu pada jam 12.59 pm, Isnin 28 Januari 2013 aku telah mengambil keputusan drastik untuk menukar kembali domain aku kepada http://jukdin.blogspot.com bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal berbangkit pada masa hadapan. Biarlah menumpang di blogspot asalkan blog aku ni sentiasa UP sampai bila-bila. Jadi kepada kawan2 yang nak bercadang guna domain dotmy ni saya cadangkan agar anda lupakan hasrat hampeh anda itu. Kalau nak guna domain sendiri baik guna dotcom terus! Selamat dan gah di mata kawan2 blogger yang lain gitu! Hanis Zalikha si cantik manis pun terus setia dengan blogspot kan? Kalau nak guna domain sendiri memang dah lama dia boleh. X hilang pun serinya. Makin famous ada la.....

Pssttt..aku pun terpikat dengan dia...Heheheheheh

26 Comments

  1. naseb baek tak tukar domain dot my hari tu , kalau tak mesti jdy mcm tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u terselamat. i yg silap sbb teruja sgt nak tukar. kan dah kena! huhuhuhu

      Delete
  2. mcmna nak tukar ke blogspot balik eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. gi ke setting di dashboard blogspot tu.
      2. pilih setting, basic.
      3. kat bhgn publishing to tu akan kuar URL domain dotmy kita tu. sebelahnyanya ada tanda pangkah.
      4. klik je tanda pangkah tu. nanti ia akn tanya samada betul ke kita nak delete domain .my tu.
      5. klik 'yes' and u r done!
      good luck!

      Delete
  3. Patut juga ari tu...sweetyz nak baca entry dad tak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dah pulih tp daddy x nak pisang berbuah dua kali lalu daddy tukar kpd blogspot.com aje

      Delete
  4. Banyak blog yg terkena...
    Apa pun mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sabar ye tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh sabar la ni dik. tq atas sokongan tu,,

      Delete
  5. x tukar pun... masih gunakan blogspot.com dan berkira2 cam nak tukar .com jugak ni...

    ReplyDelete
  6. dot my takde problem.. yg problem provider die.. kawan pun pakai tak sampai 1 bulan terus tukar domain kat provider lain.. untung dot my tu free so tak rugi pape.. cume yg rugi alexa rank la dah nak kurang 5000 tak sampai sebulan.. terpaksa mula balik

    ReplyDelete
  7. nasib baik tak tukar....acctlly mmg dah reg. semua...cuma tak tergerak nk tukar ke domain dot my....hari ni bnyk cerita plk kluar pasal mslh domain ni...selamat

    ReplyDelete
  8. Baru tahu gini jadinya yerr....seb bek tak amik lagi .my nih...hehehe

    ReplyDelete
  9. betul 2 ramai yng dah buat n3 tentang ni !

    ReplyDelete
  10. @Farah: tukar jgn x tukar dik!

    ReplyDelete
  11. @Fariq: yes, rugi alexa rank n e-referrer. sy apply 2 bln barulah blog sy ni tersenarai di bing n yahoo.

    ReplyDelete
  12. @relevan Sokmo: tq sbb masukkan sy ke dlm blog list demo.

    ReplyDelete
  13. @Yas y: u selamat..i je yg jd mangsa dotmy ni..serik dah..

    ReplyDelete
  14. @Kesuma Angsana: memang x syak lg!

    ReplyDelete
  15. ha'ah kan... deno pun pakai domain dotmy.. tapi dah tukar balik ke blogspot.. dah taknak.. tawar hati.. dah serik.. ngajuk dah... huhu.. btw daddy, deno folow sini :) deno letak blog daddy dlm bloglist deno dah... salam kenal! :)

    saya budak SLE.. jom!

    www.dayangdeno.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. @deno: thank you sbb follow blog daddy jd di sini daddy follow balik. satu lagi keburukan dotmy ialah kita wajib taip www di dpn url blog. kalau tidak pagw tu x kuar. kalau domain dotcom x de masalah...

    ReplyDelete
  17. alang2 dah trbace, nak gak kasi btol kan sikit, hehe....

    ape yg skmm block? ade tak skmm isu pasal asiahost gune illegal server? huhu.. asiahost ni berdaftar, bleh cek kat mynic.. mane2 domain registrar pn knl asiahost.. jgn tabur tuduh, kang fitnah, susah..

    bab pindah slalu setel dlm 24jam tp kbtln diorang ade mslh, nak buat cam mane..

    p/s: ade gak blogger femes pkai domain berbayar :)

    ReplyDelete
  18. balasan komen untuk bro juk din reply komen deno: kburukan dotmy kene taip www?

    dotmy ni khas diberi bwh malaysia.. tak wajib tulis www tapi google akan redirect ke www.. cer tulis pakaian.my.. cer taip lak amanz.my, takyah pn www... stiap server lain cara diorang.. ok jer tak tulis www pun :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.