Apabila menerima satu emel dari kawan lama di Baling, Kedah semalam, hati kecil ini tersentuh terus bila mengenangkan nyawa ini yang mungkin akan ditarik oleh Allah menerusi Malaikatul Maut pada bila-bila masa saja. Sebelum dihisab di Padang Mahsyar maka kita mungkin akan diazab di dalam kubur dulu. maka di sini Daddy Zuki ingin berkongsi nasihat kubur kepada kita, manusia. Mohon dapat dijadikan pengajaran. InsyaAllah..

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Maka Daddy Zuki dengan rasa semampu dan seikhlas mungkin kepada sesama Muslim, menyampaikan peringatan ini kepada rakan2 blogger sekalian kerana

Saat kita membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kita membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kita membacanya, ia gelisah.
Saat kita memahaminya, ia kejang2.
Saat kita mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia jatuh stroke.
Teruskan membaca Al-Quran dan amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya akan terus mati.

Ingatlah!

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda.

posted from Bloggeroid

8 Comments

  1. Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda.
    setuju ngan ayat ni.
    benda plng senang senyum kat orang pun dah dpt pahala.
    allah itu maha pemurah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dik. skrg ni ramai org pentingkan diri sendiri n x suka membantu insan yg lebih memerlukan. kalau x dpt membantu dgn kewangan, dgn tenaga cukuplah. Hidup Gaza!

      Delete
  2. terima kasih ye sebab berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 boni. entri di blog u pun bermanfaat. happy blogging!

      Delete
  3. sangat merasa bahagia dan bersyukur membaca peringatan ini, puasa dan amalan yg lain kita teruskan...tq dady

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama abe etuza. minggu lps ex-student sy yg umo 20 mati xcdent. ajal x kira tua atau muda..tibalah masa utk sy berubah. InsyaAllah...

      Delete
  4. terima kasih..peringatan utk semua..:-)

    ReplyDelete
  5. Allahu perkongsian yg sangat berguna. terasa kerdil nya diri ini T_T

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.